Saturday, May 16, 2009

Nasi Goreng, Sambal Belacan & Buah Kuini

Disaat semua orang menyambut Hari Ibu, saya pula asyik terkenangkan arwah ayah. Saya rindukan nasi goreng ayah, saya rindukan sambal belacan ayah. Saya terkenangkan buah kuini ayah.

Minggu lepas, ketika suami kopekkan buah kuini dan hukurkan sehiris kepada saya, pantas sahaja saya menggeleng. Kata saya, "sue makan buah kuini ayah je." suka hati suami saya dengar sebab tak ada orang yang akan berebut dengan dia, boleh dia pulun makan sorang2. Entah kenapa, saya memang tak makan buah kuini yang di beli di pasar. Saya hanya makan yang dibawa ayah dari kg sahaja, pada saya buah kuini ayah sedap sangat, tak pernah lagi saya jumpa yang sesedap tu. kata kakak saya, buah kuini skrg dah tak berapa menjadi, kalau ada pun susah nak dapat yg elok, mesti berulat. Dulu ayah akan kopekkan kulit n bagi saya makan. Bila dah duduk KL ni, ayah akan kutip buah yg gugur (kalau tak yg gugur, x sedap), kumpulkan banyak2, bila dah cukup untuk anak2 yg kat KL, ayah akan datang naik bas bawak buah kuini tu.

Nasi goreng ayah sedap sangat. Resepinya mudah sahaja, cili blend, bawang n bawang putih n ikan goreng tapi sedapnya tidak terperi. Begitu juga dengan sambal belacan ayah, boleh buat saya makan bertambah-tambah. Semalam, dek kerana tidak tertahan lagi, saya masakkan nasi goreng yang macam ayah buat. Sambil menggoreng, saya ingat pesan ayah, ayah kata goreng garing2, biar kering, barulah sedap. Emm..sedap jugak, walaupun tak sesedap ayah punya. Sebak2 saya mkn sambil menyuap ke mulut anak2. Bila saya cakap, "nasi goreng macam ni yg ayah ibu selalu masak untuk ibu," berebut2 anak buka mulut sedangkan selama ni hanya nasi goreng ikan bilis a.k.a nasi goreng kg aje yg laku kat rumah ni.

Saya rasa nasi goreng ayah terlampau sedapnya di mulut saya kerana ia ditambah dgn bahan2 yg tidak nampak dari mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati sahaja. Nasi goreng ayah digoreng bersama rasa kasih yang tidak bertepi, bersama rasa sayang yang menggunung tinggi. Begitu juga dengan buah kuininya, ayah kutip, ayah bersihkan dan simpan, ayah pikul dengan rasa cinta, rasa sayang, dengan doa & harapan, dgn rasa seronok dan puas.

"YA ALLAH, ampunkanlah segala dosa ayah. Letakkan ayah dikalangan org mukmin, beriman dan bertakwa, jauhkan ayah dari seksa kubur dan azab neraka. Sesungguhnya ya ALLAH, ayah telah menjaga amanah yg kau berikan dengan sebaik-baiknya, ayah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan sempurna, oleh itu ku pohon padamu ya ALLAH, KAU tutupkanlah semua pintu2 neraka dan KAU bukakanlah seluas-luasnya semua pintu syurga untuk ayah.Amin!"

Al Fatihah!

1 comment:

kakzie said...
This comment has been removed by the author.