Wednesday, April 30, 2008

Adoi! Sakit Pinggang!

Tiga minggu lepas saya jatuh kat bilik air. Sibuk sangat memberus lantai sambil mula becok membebel tiba-tiba bedebuk! saya jatuh! Kaki tergelincir. Adoi! Masa tu ingat nak mati dah sebabnya masa jatuh tu, punggung jatuh dulu kemudian pinggan terhentak kat toilet n tangan buat tahan badan jatuh pulak dalam bowl. Terseret jadinya, nasib baik kepala tak terhentak. Tak retilah nak cerita macam kejadian tu...tapi masa jatuh tu tersenyap kejap sebab terkejut. Rasa sakit tak sangat cuma esoknya baru terasa sakit lengan sebab menahan badan n sekaligus terhentak kat bowl.

Tapi...minggu lepas bila nak bangun pagi, pinggang rasa macam nak kejang. Lepas tu hari khamis tu start rasa sengal, hari Jumaat mula mencucuk terutama masa drive. Hari sabtu tu makin menjadi-jadi, bergerak sikit je sengal samapi ke tulang hitam. Nak pergi urut, no tel embah tu hilang, kalau pergi je nanti dia tak ada pulak.

Hari ni duduk pun sengal campur ngilu. Tak tahulah macam mana nak habiskan satu hari duduk di kerusi hari ni. Dah tiga minggu baru nak rasa sakit. Hari tu betul2 rasa macam tak ada apa2, langsung tak sakit cuma terkejut jer. Tulah orang kata, kalau jatuh, cepat2 p urut. Esok, tak boleh tidak, nak kena pergi urut jugak.Tak tahan sih!

3 comments:

Hezzy Azra... said...

Lily, sama lak kita! Aku pun ari tu jatuh masa tgh cuci toilet! Hampeh betul!

Kau patut buat x-ray jugak, bukan setakat urut jer. Bila usia dh ehem..ehem... bertambah ni..jatuh mcm tu membahayakan.

RinnTis said...

yup! GI X-RAY!!!!

Puteri said...

lamanya sakit pinggang!!!