Tuesday, February 26, 2008

Aku Yang Tention!!!

Sejak dua menjak ni jiwa selalu kacau. Muka asyik berkerut aje. Rimas, penat, serabut dan macam-macam yang bertamu di dada dan bersarang di kepala. Saya benci memandu sebabnya setiap kali saya memandu, jiwa saya akan kacau. Masa tulah nak teringat kisah lama, masa tu lah teringat kat arwah mak n ayah, masa tulah terbit rasa rindu dan bersalah kat abang2 n kakak dan klimaksnya saya akan memandu dengan airmata yang merembes dengan lajunya dan kesannya melekat di jiwa berhari-hari.

Masa mula-mula tak de maid, saya seronok. Seronok yang amat sangat tapi sekarang saya dah penat yang teramat. Saya kagum dengan surirumah, bgn pagi buat sarapan,basuh baju, kemas rumah, jemur baju, masak,angkat baju, lipat n gosok, sort baju ke tempat yang sepatutnya dan pelbagai kerja lagi yang terus menerus. Saya cukup kagum sebabnya saya rasa saya sudah penat buat kerja yang sama setiap hari. Kalau tak pakai baju tak boleh ke? :P

Pernah satu hari, saya malas yang teramat. Saya tak nak menyapu n tak nak berkemas langsung, sudahnya rumah saya diterjah oleh Kak Eka. Huhuhu malunya! ALLAH saje yang tahu. Lepas aje Kak Eka balik, terus saya kerah tenaga pekerja untuk berkemas, manalah tahu kalau-kalau saya diterjah lagi, tak nak malu utk kali kedua hehehe tapi biasanya kalau rumah dalam keadaan ok, tak adanya orang nak datang tapi time berkecah tu, ada aje yang menjenguk.

Perkara2 lain yg makin menyerabutkan kepala:

~ Semalam, bos terchenta saya buat undang2 baru. Undang2 yang tak masuk dek akal n betul2 macam budak2. Tention!

~ MSS saya entah bilalah nak siap. Kwn2 dah bising. Bab kawan2 tu boleh tahan lagi tapi bila MANAGER dah buka mulut, "Kata dateline bln 12, ni dah nak masuk bln 3. Mssnya mana? nak tolong pegi hantar ni!" HEHEHE saya senyum je. PENYU MENANGIS TAK SIAPA YANG TAHU!

~ Baju membukit tak berlipat. Asalnya malas a.k.a menangguhkan kerja tapi akhirnya uwaaaa memang betul2 tak sempat.

~ Malam tadi, Alya batuk. Sounds bad. UWa! Saya risau. Saya tak nak berkampung di hospital lagi.

Apa yang saya sedang teringin nak buat sekarang?:

~ Cubit bos saya sampai lebam. Bukan sikit, cubit kat satu badan, biar bini dia tgk, terus mengamuk. "ni betina mana yang gatal2 cubit u ni?" Hehehe bestnya! Biar dia gaduh laki bini. Padan muka! ataupun kalau boleh nak aje saya cakap kat depan muka dia, mengong! mengong! mengong! Rasa2 kena lempang tak kalau cakap macam tu?

~ Rasa nak tgk laut, tgk air terjun, bermandi manda berenang2. Bestnya!

~ Rasa nak tidur seminggu tak nak bangun2.

~ RASA NAK JADI ANAK KECIK MAK BALIK!! NAK TIDUR BAWAH KETIAK MAK,NAK MAK SIKATKAN RAMBUT, SAPU BEDAK KAT MUKA, DENGAR MAK BERCELOTEH PASAL ITU INI DENGAN KEPALA KAT PAHA MAK SAMBIL MAK USAP2 KEPALA. NAK MAK PELUK! NAK PELUK MAK! NAK CIUM MAK!NAK MAK CIUM! OHHH BESTNYA! HEAVEN!!!!!!!

5 comments:

Hezzy Azra... said...

Lily, we r in the same boat... maid dh tak de sejak awal thn ari tu! Mana nak kemas umah, basuh lipat & iron baju, siapkn anak pegi sekolah pagi2 (itu baru sorang, klau lebih??!!), masak, run all errands, drive back & fro to the office... lotih den! Sbb tu tulis MSS weekend jer!

Mana2 surirumah dan kaum ibu yg bekerja dan manage semua tu dgn cemerlang... mmg superwoman!

lilysuriani said...

hehehe hezzy..aku 4 wei!kalau aku masak, baju tak berlipat, kalau baju lipat, aku tak masak. Pernah tu, anak aku tadah pinggan kat tepi kuali time aku masak, kesian lak.

Aku mnls bila sempat je, kat ofis ke tepi jalan ke time tunggu husband,aku tulis kat note book pastu baru taip balik.

Adoila...gue capek nih!

Eka Fahara said...

3Hheheheheheeh esok kak Eka terjah lagi!!!!
Sesungguhnya akak akui...BUKAN SENANG NAK JADI SURIRUMAH.

Lynn Dayana said...

waktu mcm ni mesti ko fkr best jadi aku,kan? Takde tanggungjawab, suka hati balik rumah buat apa! Tapi kan... sunyi tu lagi merbahaya dari riuh. Sepi itu sakit yg tidak kelihatan.Sendirian adalah ruang yang kosong. Mengharap itu hanya menyiksa diri. emm......

lilysuriani said...

Kak Eka,lain kali nak mangga pagar siap2!takmo bukak hehehe

Lynn...mmg pun tp aku singgle ke tak,dunia aku tetap sama. Aku nak quote ayat power ko,langit org lebih biru,rumput org lebih hijau hehehe sesungguhnya manusia ni memang tak tahu nak menghargai,tak tahu nak bersyukur.