Tuesday, February 19, 2008

Apa Itu Cinta?

Ada orang bila terpandang lelaki hensem terus jatuh cinta. Ada pula bila si jejaka membantu menukar tayar yang pancit hati telah terpaut suka. Begitu juga dengan si jejaka, apabila si dara mengambil berat, penuh dengan sikap keibuan terus jatuh cinta. kalau bibir sentiasa tersenyum manis, hati juga mudah jatuh cinta.Opss air tertumpah dibaju juga boleh mengundang rasa cinta.

Pokoknya apa saja alasan akan diguna pakai sebagai alasan untuk jatuh cinta? Tapi berapa lama perasaan cinta itu bertahan? Ada yang sekali pandang terus jatuh cinta untuk bertahun-tahun, untuk selama-lamanya. Ada juga yang berkali-kali pandang baru jatuh cinta, lebih malang langsung tidak ada rasa cinta. Ada orang kata cinta yang drastik datangnya akan drastik juga perginya. Ada yang kata cinta yang datang perlahan-lahan akan makin bercambah dari hari ke hari.

Cinta pada buah hati, sanggup menurut segala kata, cinta kepada suami sanggup menjeruk hati,cinta pada isteri,poket kering pun tak apa, cinta pada anak-anak, sanggup berbuat apa sahaja, cinta pada sahabat sanggup menahan rasa, cinta pada kerjaya, sanggup menepikan segala, cinta pada ALLAH, itulah cinta yang sebenar-benarnya.

Apapun alasannya, apa pun sebabnya jadikan cinta itu semangat, kekuatan untuk terus bergerak maju ke depan.
******
* Saya sibuk sgt2, lupa nak cek paper, thn ni brp ramai org islam kena tangkap ketika sibuk meraikan hari cinta mereka?

** Saya jatuh cinta dengan Anuar Zain dari zaman bdk2 lagi sampailah sekarang.Hehehe "Mencintaimu tak mengenal waktu, tak mengenal puitis, hanya tulusnya hati" huahaha

** Saya sedang mencari mood. Baru lepas kena bambu dengan Lynn. Ceh!

8 comments:

dhiya zafira said...

hahha..menarik n3 ko kali ni. woit kena bambu dengan lynn..ni mesti pasal mss tak siap2 ni

lilysuriani said...

aku x de hadiah nak bagi ko lah dhiya! uwaa!!! korang naik ERL, cepat, x de kesesakan lalulintas,aku ni naik kete buruk lalu jln yg sibuk, bengkang bengkok lagi sempit.Uwa!!

seriadriani said...

lily, tak pe.. biar lambat asal meletop!!!! calit sikit...

p/s: cantik rumah baru!!

Lynn Dayana said...

Amboi, ngadu kat seluruh dunia kena bambu ya! Lain kali jgn call aku.... huh!

lilysuriani said...

thanks kak seri...cantik kan? mcm tuan dia jugak huahahaha

rilek a lynn...jgn mrh.okey apa, engko penggerak jentera berat nih hehehehe. tp nak kena call jgk,nnt ko x ajak aku g mandi kolam.:P

Hezzy Azra... said...

lily, interesting post!
suker Annuar Zain, eh? Aku pun dok dgr album dia dlm keta hari2!
"Bila cinta ini, mmg tak pernah sedikit pun pudar... selain untukmu!"- Hanya Milikmu (Annuar Zain)

Lynn Dayana said...

Kau tahu apa yg boleh buat aku jth cinta?
Bila dia boleh buat aku ketawa! Bila dia boleh berlwn ckp dgn aku. Bila dia buat aku tersenyum. Bila dia prihatin for my well being. Haha... Dan itulah yg tak dijumpai! Kerana kita cuma blh bermimpi, dan TUHAN juga yg menentukannya!

Lily Haslina Nasir said...

lily s...
mana mana... mana.. mana...hei, mana janji janji mu... mana emel mu