Tuesday, February 12, 2008

Buat Baik Dibalas Baik

Saya percaya dengan kata-kata hidup ini umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah. Saya juga percaya dengan, kita akan dibalas dengan setiap apa yang kita buat.
Satu ketika dulu, arwah ayah pernah berjumpa dengan sejumlah wang yang agak besar jumlahnya. Ayah ambik duit tu bawak balik, kemudian ayah mintak tolong orang kampung yang kerja dengan utusan iklankan di dalam suratkhabar 'sesiapa ada kehilangan barang, sila hubungi xxxx'. Maka ramailah yang menelefon samaada betul2 hilang barang atau sekadar mencuba nasib tetapi seorang pun tidak menepati ciri-ciri yang ayah cari. Hinggalah satu hari, rasanya dah lepas seminggu kot, adalah seorang hamba Allah ni telefon ayah. Setiap soalan ayah dia dapat jawab dengan lancar dan tepat. Ayah berbesar hati memulangkan balik duit orang tu dan sebagai tanda terima kasih, orang tu hulur beberapa keping not kepada ayah. Ayah senyum sambil berkata,"terima kasih, pakcik tolong aje."
Selang beberapa hari, kakak saya kehilangan purse dan seseorang telah mengembalikannya tanpa ada satu pun barang yang hilang. Bila bercerita dengan ayah, ayah kata bila kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik juga dengan kita.
Raya puasa baru-baru ni, kawan suami datang kerumah saya di kampung. Anak dia asyik menangis sahaja, tak sihat. Kakak saya bekalkan air zam-zam untuk anak kecil itu. Saya terharu dengan tindakan kakak saya itu. Baru-baru ini ketika anak-anak saya sakit, Kak Eka bersusah payah datang ke rumah saya menghantar air zam-zam untuk anak-anak saya. Saya cukup terharu dengan keperihatinan dia. Terima kasih kak.
Moral of the story; jangan takut untuk berbuat baik sesama kita. Allah akan membalasnya dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin ada yang berkata, dah puas aku berbuat baik tapi tak nampak pun faedahnya tapi mungkin kita tidak tahu faedah itu telah Allah limpahkan kepada orang-orang yang kita sayang. Wallahualam.

5 comments:

Puteri said...

Mek Bunga la mung ni...

LK said...

cantik2 blog ni ada juga yang kurang... mana tetingkap sembang....macam manusia juga kan...cantik macam amnapun mesti ada kurang kat mana-mana....tahniah untuk blog yang cantik...

lilysuriani said...

destinasiku, itu menunjukkan aku ni cantik macam bunga huahahaha

laila, wei saborlah....aku dapat tukat skin blog ni pun dah seribu rahmat hehehe

Lynn Dayana said...

pandai jugak si mak kaduk rupanya! Hehehe

lilysuriani said...

lynn....skrg aku dah jadi kaduk naik junjung! berlagak siol...bila dah reti ni huahaha