Wednesday, February 13, 2008

Erti Pengorbanan

Pejuang dulu-dulu ramai yang berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan bg kesenangan generasi selepas mereka. Hasilnya hari ini kita hidup senang lenang tanpa perlu menghirup udara yang penuh dengan debu dan asap bom.
Pengorbanan emak saya pula bangun seawal pagi untuk mengutip bunga tanjung untuk dijual. Hasilnya diberikan kepada anak-anak untuk dibuat bekal ke sekolah. Emak juga terpaksa menahan ejekan orang ketika dia bersusah payah menghambat anak-anak ke sekolah.
Ayah pula menggunakan tulang empat keratnya membawa beca untuk mencari rezeki. Kalau share makanan dengan ayah, yang best2 akan jadi kepunyaan saya, dan dia hanya makan sikit dan ambik yang tak best aje. Itulah pengorbanan seorang ayah, sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi anak-anak.
Pengorbanan ibu yang malas nak masak banyak kali, "tak apalah, makanlah...ibu dah kenyang!" dengan senyum lebar sedangkan perut pun dah berkeroncong hehehe.
Pengorbanan pemandu berhemah macam saya, sentiasa memberi laluan kepada pemandu lain. Nak masuk? masuklah! Nak potong? Potonglah! Tapi pengorbanan tak ikhlas bila saya dah bawak 130 km/j yg limitnya 90 km/j tapi ada lagi yang bangang mencucuk saya dari belakang dan dengan sebalnya saya terpaksa memandu ke lorong sebelah dan terpaksa memperlahan kereta sedangkan saya pun nak cepat! Tak apalah, mungkin pemandu tu nak tercirit kot!
Apa pula erti pengorbanan pada anda?

5 comments:

Puteri said...

pengorbanan aku sbg seorg kawan...hmm....jap aku recall :-)
sediakan telinga bila kawan ada problem, sediakan telinga dengar boss sound sbb lama sgt bergayut talipon kat ofis. Baik kan?

RinnTis said...

saya pernah nak brenti belajar masa di UiTM setelah arwah saya xcident teruk semasa saya masih belajar. (Niat saya mahu membantu keluarga.) arwah ayah bermotosikal berlanggar dgn kereta (kalau tak silap) semasa perjalanan balik dari tempat kerja. sebelah kakinya mengalami tulang pecah dan lepas operation berceracak besi kat kaki dia. saya anak sulung dan arwah ayah adalah satu2nya ahli keluarga yg bekerja. Saya ada 5 orang adik yang masih belajar pada waktu itu.

Kali pertama saya mendengar suara ayah bercakap dgn saya sambil tersedu-sedu. "Ayah tk mau nanti anak2 ayah kata ayah tak bagi hampa belajaq sbb nak tulung ayah. hang belajaq bagi habih. pasai mak ngan adik2 kat sini ayah tau la macam mana nak buat" Kali pertama juga saya tengok air mata ayah mengalir. Saya tk tau sama ada ini ada kena ngan pengorbanan ker.. Allah saja yang tau betapa rindunya saya nak dengar suara arwah ayah lagi. (;_;)

Ntah berapa kali saya menangis setelah balik semula ke kampus. Masa tu saya baru abis pre diploma dan nak masuk first semester. mungkin disebabkan itu juga saya sentiasa pastikan saya dpt sijil dekan setiap tahun utk ditunjukkan pada arwah ayah. Tapi sayang, belum puas dia merasa hasil titik peluh saya dia dah pergi untuk selama-lamanya... al fatihah buat ENCIK RAMLI BIN AHMAD.

lilysuriani said...

destinasiku; hehehe tq! eleh time aku! time mung? hehehe lening sibuk buat blog, aku tgh bowok kete pung kaca jugok!

Rinn!!! hang betui la...hang buat ayaq mata ceq mengalir tgh rembang ni buat apa!

Pengorbanan hang tu membuatkan hasilnya cukup manis buat hang.Cheq bangga betui dengan hang.
Al-fatihah!

RinnTis said...

tajuk pengorbanan tu sangat2 mengingatkan saya pada arwah ayah. kami sama2 berkorban pada masa tu (rasanya la..) ada lagi nak citer sebenarnya tapi takut rembang yang bakal dimamah senja nanti dibanjiri airmata kita pulak.

lilysuriani said...

Rinn, citer je. Dapat luahkan apa yg terbuku di hati sambil dapat muhasabah diri (ni utk aku ler)Sambil-sambil tu mana tahu boleh bagi pengajaran n iktibar kpd org lain. :D

Sama-sama kita dpt manfaatnya sambil mengkayakan sykt tisu hehehe