Hari Khamis lepas, Aqil demam lagi. Ni yang entah ke berapa kali dia demam, dah tak terkira. So kami buat keputusan untuk bawak Aqil pergi buat ujian darah. Malamnya, kami pergi ambik blood test and the result was not so good. Dr kata abnormal. Hari Jumaat kami bawak dia jumpa pakar kanak-kanak, buat full blood test lagi dan resultnya, kami dah dapat semalam.
Blood infection. Malam tadi ambik darah lagi dan tengah hari ni Aqil akan dimasukkan ke dalam wad. Walaupun Dr kata, tak lah merbahaya sangat tapi hati saya tetap risau. Airmata dah berapa kali bergenang dah.
Doakan yang baik-baik aje untuk AQIL ye
Tuesday, January 22, 2008
Thursday, January 17, 2008
Family Dinner
Makan malam yang sangat seronok. Berkumpul, berborak dan bergurau dengan anak-anak buah yang jarang-jarang sekali dapat jumpa. Sekejap aje masa berlalu. Dulu, mereka kecik aje sekarang majoriti dah duduk IPTA.
Fuh! Licin! Yang tengah-tengah tu abang saya yang sulung, yang sebelah kiri bertudung pink tu baru sahaja balik dari London dengan membawa title Dr. di depan namanya. Yang bertudung krim tu, pengkritik tetap novel-novel saya, cikgu sastera lah katakan dan yang paling saya kagum, ketabahan dia.
Sebahagian daripada yang hadir malam tu. Tak ada dalam gambar, seorang lagi kakak dan seorang lagi abang. Anak2 buah yang tak ada malam tu sememangnya tak boleh nak disenaraikan di sini sebab ramai sangat.
Bergambar di pintu gerbang kedai tu.
Gambar Lagi
Tolong! Kepala Fatnin penyek! Salah satu tempat kat dalam kapal perang masa sesi lawatan.
Aiyo! Dah janji nak pakai 'baju' sama warna ke?
Orang lain pegang sekor je, Aqlan dua sekali gus. Tengok Aqlan berani macam ni, barulah Aqil berani mencuba.
Meredah Samudera
Wednesday, January 16, 2008
Selamat Datang
Selamat datang ke rumah baru saya. Kenapa saya berpindah? Sebab Lynn Dayana suka membebel suruh saya pindah daerah, senang nak letak gambar katanya. Jadi sempena tahun baru Hijrah dan menyahut seruannya, saya berpindah ke sini walaupun saya sangat sayang dengan rumah saya yang cantik tu. Ada sapa2 tak yang sudi nak cantikkan rumah saya ni? :P
Subscribe to:
Posts (Atom)