Thursday, December 4, 2008

Banjir

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan blog saya tidak berupdate. Cepatnya masa berjalan....Kenapa tak berupdate? Entahlah...sebenarnya terlalu banyak yang hendak dicoretkan disini tetapi ada sahaja halangannya. Biasanya mood saya yang kebelakangan ini yang tidak menentu mempengaruhi tindakan saya.

Sekarang musim banjir. Kalau ikutkan laporan akhbar, Trg teruk juga di landa banjir dan rasanya lebih teruk dari tahun lepas. Membaca berita banjir di dada akhbar membuatkan saya tersenyum. Seronok bila mengenangkannya.

Mungkin kepada sesetengah orang, banjir satu bencana, satu malapetaka tetapi kepada saya yang masih budak2 masa tu, banjir adalah pesta yang ditunggu-tunggu. Mungkin juga banjir belum pernah meninggalkan kenangan buruk kepada saya, jadi mungkin sebab itu saya tidak pernah memusuhi banjir, malah kedatangannya ditunggu-tunggu dengan tidak sabarnya. Mungkin pengertian banjir berbeza kepada orang yang pernah kehilangan orang yang disayangi ketika banjir dan sudah tentu kedatangan banjir menjadi trauma kepada mereka.

Biasanya saya dan abang saya akan duduk bertinggung di beranda sambil menanti dan berharap air akan naik dengan lebih tinggi lagi. Pernah rumah kami dinaiki air sehingga ke paras pinggang orang dewasa dan sudah tentunya paras leher saya masa itu. Seronoknya!

Mula-mula kami akan tengok dulu air yang banyak macam air sungai tu. Mula-mula air tu rupanya keruh macam teh tarik dan banyak sampah sarap yang dihanyutkan tapi lama kelamaan airnya akan bertukar jernih (taklah jernih macam air paip).Bila air banjir sudah mula jernih, mulalah kami yabedabedu!!!Terjun, berenang dan menyelam. Bestnya!! Biasanya arwah ayah akan tebang pokok pisang untuk dijadikan rakit. Bukan saya dan abang sahaja yang berendam tetapi kawan-kawan yang lain akan turut serta sebab kawasan rumah saya yang agak luas.Lagipun airnya tidak bertakung. Ianya berarus seperti air sungai.

Bila air sudah mula surut, saya sudah susah hati sebabnya tak ada lagi tempat berendam. Dan kerja-kerja pembersihan harus dijalankan bagi membersihkan sampah sarap yang tersangkut dipagar dan juga siput-siput air yang banyak tertinggal di kawasan rumah. Biasanya akan ada juga ikan-ikan puyu, sepat, keli atau haruan yang tersesat atau tertinggal di dalam lopak.Rezeki terpijak. Tak perlu memancing,cuma tangkap guna tangan sahaja.

Mungkin pada orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman ini akan merasakan ianya jijik dan mengotorkan tetapi bagi yang pernah mengalaminya sudah tentu tahu erti keseronokannya.

Wednesday, November 12, 2008

HATI

Hati, salah satu organ dalaman manusia yang penting dalam sistem badan manusia. Samaada secara fikizal atau rohani, hati memainkan peranan yang bukan sembarangan.

Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.

Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu.

Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

~ Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
~ Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
~ Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
~ Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
~ Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
~ Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V,
VII, IX, X and XI
~ Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen
seperti ammonia.
~ Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
~ Menguraikan molekul hemoglobin tua.
~ Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

TAPI...

Bagaimana pula kalau sakit hati, tawar hati atau terasa hati? Ini tergolong dalam fugsi hati jugak ke? Kalau sakit hati, ada ubat ke? Kalau tawar hati, boleh ke tambah gula untuk maniskan balik. Kalau terasa hati? Emmmmm

Tuesday, October 28, 2008

Mixer & Bread Maker

Emmm dua benda di atas menjadi teman mimpi saya sekarang. Selama ni saya rasa, kalau tak ada mixer boleh je buat kuih atau kek sebab saya selalu tengok kakak saya buat biskut raya tak pakai mixer tapi elok je menjadinya jadi saya pun bertahan lah dengan cara kakak saya tu.

Tapi bulan puasa hari tu, saya rasa betul2 tak larat buat biskut tanpa mixer dan klimaksnya minggu lepas, saya buat kek lapis yg menggunakan 500gm butter tanpa mixer. Mungkin pada orang ianya tidak menjadi hal tapi pada saya yang manja kededek ni (kata suami saya), adoila...cukup menyeksakan. Habis sakit satu badan. dan yang menambahkan lagi rasa sakit badan tu bila kek saya heavy semacam je, tak ringan macam kek lapis yang saya makan. Dan konon2nya ibarat tak tahu menari, lantai disalahkan, begitu jugalah saya...menyalahkan ketiadaan mixer itu sebagai penyebab kekku tak menjadi."Kalau pakai mixer, mesti kek ni gebu dan sedap. tak adalah rasa macam ni."

kata kakak ipar saya, "beli ajelah. bukannya mahal sangat pun. tak sampai seratus pun ada."
Saya sengih. tapi ada yang rajin tukang jawab,"Dia tak nak yang tu, dia nak yang besar, warna silver, boleh pusing2 sendiri, tak payah pegang2!" Hahaha iya, yang saya nak tu 3k++. huhuhu selera..tak hengat kan!!

Lepas tu, baru2 ni saya temankan kawan mencari barang letrik. Tiba-tiba saya terpandangkan bread maker. uwa..keiinginan yang dah lama terpadam kembali menjelma didalam diri dan semangat itu semakin berkobar-kobar apabila saya bercakap dengan sorang kakak ni."best lily, ada bread maker ni, setiap minggu akak buat roti. masa bulan pose hari tu, akak buat pukul 10, bangun sahur dah boleh makan. panas2 lagi. bau satu rumah!" terkebil2 saya dengar dia bercerita. "Lepas tu kan boleh buat macam2 bun, donut. kejap je, boleh buat breakfast." huhuhu macam best je cerita cik kak ni.

Keinginan tu saya simpan dalam hati. Belum berani nak suarakan kepada cik abang sebabnya nanti kalau dah ada benda alah tu, mesti hari2 saya kena buat roti. Macam oven tu, selang sehari saya buat butter kek. Sebelum mabuk butter kek, saya kena buat biskut cornflakes. mesti nak kena ada stok kat rumah.

Ni tengah pikir, nak cakap ke tak nak, atau ada sapa2 nak hadiahkan saya bread maker tu ke? Huahahaha

Wednesday, October 22, 2008

Saat Kau Hadir Di Langit Cinta



SAAT KAU HADIR

Harga: RM19.90
Penulis: Laila Kamilia
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-402-9


Sinopsis:

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?


--------------------------------------------------------------------------------


Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!

Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Tajuk: Di Langit Cinta
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
Harga: RM19.90

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya

Selamar hari raya! Maaf zahir batin! hehehe dah hari ke 14 syawal baru nak ucap selamat hari raya. Ada ke patut kan? Hujung-hujung bulan puasa tu, saya sibuk sangat hinggakan nak tulis n3 pun tak sempat. Bila dah masuk kerja, rasa malas pula nak menaip. Hahaha tak tau nak cerita apa sebenarnya.

Saya beraya di kampung. Lepas asar raya pertama, dah bertolak balik ke KL. Huhuhu tak puasnya raya kat kampung. Rasa sekejap sangat walaupun sebenarnya dah ada di kampung sejak hari Ahad. Hehehe orang bagi betis nak paha pulak kan?

Hari Selasa, saya, suami dan Aqil ke pasar chabang tiga. Beli barang2 untuk kakak saya masak nasi dagang. Saya dan suami kononnya nak masak ketupat nasi. Dia aje yang pandai menganyam, saya janji dengan dia, biar saya yang rebuskan.Maka, kami pun berkobar2lah mencari daun kelapa. Yang ada dipasar hanya daun yang bersaiz kecil sahaja. Jenuh kami cari, rata-rata semua sama. Nak tak nak, saya pun belilah jugak. Balik aje ke rumah, suami saya pun berkobar-kobarlah menganyam. Dapatlah saiz ketupat yang sangat comel.Hahaha dah tujuh biji dapat, barulah kakak saya perasan, "Wei, ni bukan untuk ketupat nasi...ni daun palaslah! untuk ketupat palas!" Hahahaha patutlah lain macam je rupanya. Maka ketupat plastik sahajalah yang menjadi santapan kami di pagi raya.

Farewell Laila Kamilia.

7.10.08 farewell dinner untuk Laila yang telah pun berlepas ke German menemani suaminya sambung belajar. Ceritanya sudah banyak di blog-blog rakan novelis yang lain, jadi saya tempek gambar ajelah ye. Gambar ini pun diambil dari blog kak Eka.:P




Thursday, September 25, 2008

Tika Rindu Berlagu



TRB kini sudah berada di pasaran. Alhamdulillah!!

Terima kasih kepada Alaf 21 kerana masih sudi menerbitkan karya saya.

Terima kasih tak terhingga kepada editor TRB, Awien yang banyak membantu saya, yang sabar melayan kerenah saya. Selamat maju jaya! :D

Terima kasih kepada Lya yang menghasilkan cover yang cantik itu!

Terima kasih kepada warga Alaf 21 yang lain yang banyak menyumbang tenaga dalam penghasilan TRB!

Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu! Anda tahu siapa anda yang saya maksudkan disini.

Terima kasih kepada geng kicap yang awal2 lagi dah letak TRB kat blog mereka. TQ!

Terima kasih kepada Adhan dan Kak Ija yang dah dapatkan TRB. Semoga kalian berpuas hati!SMS kalian buat saya boleh kembali bernafas dengan teratur. TQ!

Terima kasih kepada pembaca2 tulisan Lily Suriani.Terima kasih kerana masih sudi menanti hasil tulisan saya! Saya amat menghargainya!

Terima kasih kepada SEMUA!!!! yang saya kenal atau tidak.

Yang elok ambillah sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga pembaca TRB berpuas hati dan saya memohon berbanyak2 maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan hasil tulisan saya kali ini. Harap sudi berkongsi rasa dengan saya di lily_suriani2004@hotmail.com. Saya amat menghargai setiap patah yang bakal dititipkan untuk saya.

Dan jangan lupa dapatkan adik beradik TRB, CAMAR YANG PERGI dan SEJUTA NAFAS CINTA.

Selamat membaca!

Apa tindakan anda?

Dua tiga malam lepas, saya sekeluarga ke sebuah pasaraya berhampiran rumah saya untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Selepas membuat bayaran, saya menolak troli yang penuh dengan barang menuju ke kereta bersama tiga orang anak saya manakala suami masih tertinggal di belakang meneliti bil yang baru dibayarnya. Jumlah yang dibayar terlalu mahal menyebabkan dia cek satu persatu dengan teliti.

Tiba-tiba, saya ditahan oleh seorang lelaki. Dalam hati saya dah bengang dah sebab pergerakan saya diganggu. Lelaki tersebut meminta Aqlan menyelak bajunya. Tindakannya itu membuatkan saya anak beranak tertanya-tanya dan terkejut dan jawapan yang diterima dari lelaki tersebut membuatkan saya lembik seluruh badan, "Kak, saya bukan nak menuduh ye, tapi saya dapat maklumat dia ada selit barang." Muka saya dah merah padam, malu, marah dan terkejut yang amat sangat. Beberapa pengunjung sudah mula memandang kami. Aqlan dengan takut2 menyelak bajunya kemudian lelaki tu kata,"tak adalah. Silap orang agaknya." Dia terus berlalu ke dalam. Saya tak perasan pulak samaada dia minta maaf ke tak. Saya dah tergamam, terdiam terus. Ada seorang kakak disebelah saya tu yang marah2."Boleh saman macam ni. Buat malu je. Semua orang tengok." Saya pandang akak tu, saya senyum je. kakak tu kata lagi,"kalau kena kat akak, siaplah dik.Tak ada akak biarkan macam tu.Ceklah betul-betul, jangan main redah je." Berapi-api kakak tu marah. Saya jawab, "a'ah, kalau nak attacked, attackedlah betul-betul kan?"

Masa tu saya tak fikir apapun, yang ada dalam kepala saya,Alhamdulillah! Aqlan bukan pencuri.Aqlan bukan budak jahat.Saya bersyukur yg amat sgt masa tu. Kalau betullah Aqlan buat macam tu, mahu patah tulang-tulang dia malam tu saya belasah. Balik rumah, saya cek lagi baju dia, saya tanya lagi dia berkali-kali. Dia tetap menafikan dan Aqil pun beria-ia menyokong adiknya. Malam tu Aqlan pakai baju tidur yang tidak berpoket dan sepanjang berada disitu, dia dan Aqil bersama saya. Aqil pegang bakul dan Aqlan pegang beberapa barang lain.

Saya pesan kat anak-anak, "nasib baik tak ada, kalau ada tadi macam mana? malu kan? Jangan ingat orang tak nampak apa yang kita buat, jangan ingat kita akan lepas sebab mereka boleh nmpk apa yg kita buat. Jadi, jangan cuba-cuba nak selit2 barang, nak mencuri. Tak akan terlepasnya." Anak2 saya mengangguk laju. Malam tu semuanya duduk diam di dalam kereta, tak ada yang bersuara, mungkin masih lagi panik.

Saya tidak menyalahkan lelaki itu menjalankan tugas, tapi yang saya kesalkan kenapa tidak ajak kami ke tempat yang lebih tertutup, jauh dari tontonan orang ramai.Kalau ada kawan sekolahnya yang nampak, mungkin juga boleh menimbulkan fitnah dan akan timbul cerita lain pula nanti.

Sekiranya situasi di atas berlaku kepada anda, apa yang anda lakukan?

Thursday, September 11, 2008

Akan Datang!




KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!

TIKA RINDU BERLAGU

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan

Tiada kata seindah zikir, tiada jurnal sehebat AlQuran, tiada bulan seindah Ramadhan, tiada malam sehebat Lailatulqadar...

Selamat menunaikan ibadah puasa. Selamat bertarawih dan bertadarus...

Friday, August 15, 2008

Malam Jumaat Yang Sendu

Dua hari lepas kawan saya bercerita mengenai anak buahnya yang berumur 3 thn yang baru kematian ibu kerana kemalangan, si anak mencari-cari ibunya menggunakan cermin muka yang bertangkai. Mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita kartun membuatkan sianak menganggap cermin muka itu magic mirror. Sudahnya sianak merajuk dengan si ibu kerana misinya mencari ibu tidak berjumpa2. Akhirnya dia berkata,"tak nak kawan ibu lagi." Si anak mencari ibunya kerana ingin menunjukkan jarinya yang luka. Air mata saya merembes mendengar cerita itu.

Saya sering teringatkan anak kecil itu. Bagaimana perasaan dia agaknya ya? Rindu yang tidak terlerai. Perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Mencari, mengharap,mungkin juga menanti...menanti sesuatu yang tidak mungkin akan muncul kembali.

Mungkin kerana cerita itu, emosi saya agak sendu dua tiga hari ini. Kepala saya yang sudah tiga hari berdenyut2 tak mahu hilang2 ini juga membuatkan ingatan saya terhadap arwah emak menjadi-jadi. Kata Fatnin, "Sabarlah ibu, nanti ibu akan jumpa mak ibu di syurga." Saya hanya tersenyum mendengar pujukan dia. Dia panik melihat saya teresak-esak, sudah lama ibu tidak menangis begitu. Kata Fatnin lagi,"Kalau ibu mati, Fatnin nak bunuh diri. Fatnin nak duduk dengan ibu. "Terbeliak mata saya mendengarnya. "Fatnin, bunuh diri tu, dosa besar. Allah marah. Allah tak ampunkan dosa kita. Kita orang islam tak boleh buat macam tu.Nanti tak boleh masuk syurga sampai bila2. Kena duduk neraka selama-lamanya. Kalau Fatnin buat macam tu, nanti tak boleh jumpa ibu sampai bila-bila." Fatnin hanya diam mendengar kata-kata saya. Kemudian saya sambung lagi, "Kalau ibu mati dulu, Fatnin bacalah Al-Fatihah,sedekah untuk ibu.Baca doa, baca Yaasin, itu tanda Fatnin sayang ibu." Fatnin mengangguk mendengar kata-kata saya. Saya usap kepalanya dengan mata yang berkaca. Semoga Allah memberi saya peluang melihat dia membesar.

Kepada yang masih ada orangtua,hargailah mereka.

Moral of the story: Jangan menangis depan anak. Kalau nak menangis, menangis je kat dalam bilik air.Menyesal betul.Tak pasal2 Fatnin ter emosi sekali.Sorry sayang....dan sehingga saat ini saya masih lagi dalam mood 'emosi sendu'.

Thursday, July 31, 2008

Zaman Dah Berubah

Sudah dua kali Ahad saya masak tomyam atas permintaan Aqil.Masa kali pertama saya masak, tomyam masih lagi mengegelegak kat atas dapur, dia dah tadah mangkuk tepi periuk.

Ahad lepas lain pulak ceritanya. Lepas semua orang selesai makan,dia pi hirup sup tomyam kat dapur.Yang buat saya marah, dia hirup guna senduk and direct dari dalam periuk.Angin satu badan lah saya.

Ibu : Tak reti letak dalam mangkuk ke bang?
Aqil : Ala bu, sikit je ni. Mana ada orang nak lagi.
Ibu : memang sikit tapi kan tak elok. Rumah ibu ni tak ada mangkuk, tak ada sudu ke?
Aqil : Rilek a ibu. Tu pun nak marah-marah. Benda kecik je. (Sambil bergerak ke rak pinggan dengan periuk di tangan.)
Ibu : Benda kecik, benda kecik. Cubalah buat benda tu senonoh sikit.
Aqil : Ala, rilek a...janganlah marah-marah, zaman dah berubah, negara dah maju....buat apa nak marah-marah!
Ibu : Pandailah tu, zaman dah berubah, negara dah maju, makan pun tak payah pakai mangkuk lagi ye? oo sebab zaman dah berubah, negara dah maju, ibu tak boleh marahlah, buat benda tak senonoh,ibu senyum jelah ye?!
Aqil : A'ah. Nah ambik periuk ni.(Dengan senyum-senyum dia ke ruang depan dengan mangkuk tomyam di tangan.)
Ibu : Ibu cekik-cekik kau, Qil.

Malamnya barulah saya ceritakan pada suami apa yang berlaku di dapur tengah hari tadi. Kata suami saya, "A'ah,zaman dah berubah,negara dah maju, sebab tu lah solat pun main-main ye?"
Aqil dan Aqlan berbalas pandang,berbalas senyum. Tak berani nak bersuara tapi saya tahu keduanya menahan ketawa. Asar tadi mereka berjemaah tiga beranak dan dua budak bertuah tu solat sambil main-main.Masa saya terserempak dengan mereka ketika hendak ke tingkat atas, mereka pula on the way nak turun, kedua-duanya jalan terhuyung hayang.Baru lepas kena ketuk ketampi 100 kali! Huahahah best kan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aqil : Ibu, tadikan mualimah (ustazah) kata orang lelaki ada 9 akal, orang perempuan ada 1 je. (muka dia bangga je cerita kat saya, siap terangkat kening lagi.)
Ibu : Yalah, lelaki ada 9 akal 1 nafsu, perempuan 1 akal 9 nafsu.
Aqil : Fuh!! Lelaki ada 9 akal..bu, 9 akal tau, perempuan ada satu je..(Dengan kepalanya yang kejap tergeleng, kejap terangguk dengan senyum2 dia, bukan main lagi dia.)
Ibu : (ok, binggo!)So, abang nak kata orang perempuan ni bodohlah?! sebab ada 1 akal je?
Aqil : orang lelaki ada 9 akal bu...(Masih dengan muka bangga dia)
Ibu : Bang, dengar ye. Yang rogol orang tu sapa? Lelaki kan? Wah!!pandainya orang lelaki. Yang culik orang, yang merompak tu sapa? lelaki jugak kan? Tu, yang datang mencuri rumah kita hari tu, lelaki jugak kan? 9 akal lah tu. Tapi 9 akal tak guna dengan betul, pakai 9 akal buat benda tak berfaedah. Orang perempuan ni,1 je akal, tapi guna betul-betul. Tak ada nak buat kerja merepek tak tentu hala macam org lelaki buat.(Wah! ibu siap bercekak pinggang lagi.)
Aqil : (Dengan senyum2)Ibu, dengarlah ni. Mualimah kata,lelaki ada 9 akal tapi tak guna.
Ibu : (kan betul sangkaan saya, dia saje nak cari 'gaduh' dgn saya.)Tahu pun.Ha, dah tahu tahu abang tu ada 9 akal, guna elok2. Jangan buat benda tak senonoh.Malu kat orang perempuan yang ada 1 akal tau?
Aqil : Yalah....

Aqlan terkekek-kekek tengok muka abang dia tersengih2 kena sembur. Kononnya nak kenakan ibu, alih2 dia pulak yang terkena.

Wednesday, July 30, 2008

LSB vs LSJ

Dialog pertelingkahan dua identiti seorang manusia.

LSJ : Eii aku rasa nak sepak2 je tongkat dia tu, biar jatuh tersungkur menyembah bumi, padan muka!Lepas tu tongkat dia tu, aku nak campakkan kat dlm longlang kat depan tu.

LSB : Hish, jangan! tak baik buat orang macam tu.

LSJ : Dia buat orang boleh?

LSB : Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Sabar....

LSJ : Sabar, sabar. Sampai bila?

LSB : Sampai bila-bila!

LSJ : Dah tu, nak biar je dia buat sesuka hati dia?

LSB : Biar jelah. ALLAH kan ada, serah ajelah kat Dia.Satu hari nanti, dia akan dapat jugak balasannya.

LSJ : Dahlah *****. Tak sedar diri.

LSB : Hish,mulut! cakap tu berlapik sikit. Ingat sikit yang kat 'dalam' tu. Jangan hina orang, samalah macam hina ciptaan tuhan.

LSJ : Bukan nak hina tapi kena sentiasa sedar dan beringatlah. Patutnya dia kena lebih bersyukur, dalam keadaan dia macam tu, dia ada duit,kaya raya berbanding dengan orang lain yg dlm golongan dia. Ini tidak, makin bongkak dan bermegah-megah pulak.

LSB : Dahlah tu. Jangan dilayan sangat perasaan marah tu. Bertepuk tangan syaitan bersorak sebab berjaya hasut kau. Istigfar banyak2, selawat banyak2.Doa banyak2.Biarlah dia dengan dunia dia,jangan kau nak samakan diri kau jadi macam dia pulak.Bila kau dah memaki hamun macam ni, kau pun dah sama standard dengan dia dah.

LSJ : Sedap mulut je kau mengata aku. Tolllong sikit ye, mana boleh sama standard dgn dia. Aku UP sikit dari dia, opss bukan sikit, banyak! huahahaha

**Dialog pertama LSJ diatas adalah impian semua orang disini malah ada lagi impian dan cita-cita yang lebih dasyat dari itu. Emm jahatnya semua orang kat sini erk? :)

"YA ALLAH, MURAHKANLAH REZEKIKU DAN ANAK-ANAKKU. TUNJUKKANLAH AKU JALAN SEMOGA AKU DAPAT KELUAR DARI SINI. AMIN!"

Tuesday, July 29, 2008

Malaysia Vs Chelsea

Saya bukan peminat bola sepak malah pemain2 bolasepak pun saya tak kenal.Hehehe

Cerita mengenai Malaysia lawan Chelsea malam ni telah lama digembar gemburkan tetapi langsung tidak menarik minat saya.Entah macam mana, semalam saya tengok berita dan terpandangkan berita mengenai ini tiba-tiba timbul keinginan untuk bet dengan suami.

Jangan ketawakan saya sebabnya saya masih menaruh harapan Malaysia akan menang.Saya yang kononnya penuh semangat patriotik ini, menyokong sepenuhnya pasukan Malaysia dan suami saya dengan bangganya menyokong Chelsea.

Kita tengok siapa yang kena!!!

Malaysia boleh!!!!

Mencari Bahagia

Susahnya mencari bahagia dan bukan senang juga mendapat derita. Ada berbagai dugaan dalam menjalani hidup sehari-hari.

Ada yang sudah bekeluarga terasa ingin kembali hidup sendiri, ada yang masih sendiri, risau belum berjumpa buah hati. Yang ada anak, merungut tak henti-henti, yang belum ada berusaha sesungguh hati. Yang berharta tiada waris untuk mewarisi, yang ada waris tidak ada harta pula untuk diwarisi, itulah lumrah hidup.

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada, tidak pernah bersyukur dengan rahmat yang diberiNya.

Saya, anda atau sesiapa sahaja, belajarlah menyukuri nikmat Allah. Belajarlah menghargai sesuatu yang menjadi milik kita sementara kita masih memilikinya tetapi lumrah manusia juga,menghargai apabila sesuatu itu sudah tidak ada lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu lepas, kawan saya kehilangan kakak ipar yang sangat dia sayang. Hari ini genaplah seminggu pemergian arwah.Kemalangan jalanraya.Pemergian yang mengejut Sejak minggu lepas, baru semalam kawan saya masuk ofis.Dia menangis sepanjang hari. Bila saya tanya dia ok ke tak, dia cuma jawab, dia tak nak cakap apa-apa lalu saya biarkan dia dengan dunianya. Sekejap-sekejap dia tel suaminya, sekejap pula dia tel adiknya,adakala dia ketawa bersulamkan airmata.

Saya turut merasa pilu melihat keadaan dia.Tidak tahu apa yang perlu saya bantu, cuma saya berdoa semoga keadaan dia kembali pulih seperti sediakala.

Monday, July 28, 2008

Makanan Terengganu

Emm Yummy! Bila sebut pasal makan je, mesti terbeliak mata, terleleh liur. Saya, walaupun anak jati TRg tapi saya kurang menggemari makanan kampung halaman saya tu. Ada yang saya kurang gemar, memang tak suka langsung dan paling haru saya tak kenal pun makanan tu.Tapi itu dulu, sekarang tak lagi. Dah tua kot, selera pun berubah hahaha.

Nasi dagang
Masa saya kecik-kecik dulu, saya memang tak makan nasi dagang. Bukannya tak suka tapi kalau ada pilihan lain, saya akan tolak tepi nasik dagang. Masa arwah mak ada, dia akan masakkan nasi dagang untuk kakak saya dan nasi lemak untuk saya dan kakak saya yang lagi satu. Tapi sejak saya beranak pinak ni, dan terpengaruh dengan kakak saya, saya dah mula sukakan nasi dagang malah kadang-kadang saya terindu-rindukannya. Tapi saya masih belum pandai lagi nak masak nasi dagang ni, tunggulah sikit-sikit masa lagi.

Laksa dan Laksam
Huhuhu ni lagi haru. Sampai sekarang saya tak makan laksa atau laksam Trg. Ops! bukan tak makan tapi....faham2 ajelah ye. Sememangnya saya tak sukakan kuah-kuah yang bewarna putih ni. Sebab tu saya juga tak sukakan masak kurma. Tapi kalau laksa kuah merah, tu saya makan.Laksa kuah merah tu ala-ala macam laksa johor. Yiehaa dan semalam saya berjaya memasaknya sendiri setelah berminggu-minggu saya teringinkannya. Senyum sengih saya ketika saya menghantarkan semangkuk ke rumah kakak saya.

Singgang
Yang ini lagi satu benda yang saya tak makan. Saya tak tahu apasal entah.Kalau terpaksa, makan juga. Pernah sekali saya makan, emmm sedap juga. Makan bertambah-tambah,sampai kakak saya kata, "baru tahu ye!" Sampai sekarang, anak-anak saya tak pernah makan ikan singgang hasil dari air tangan saya.

BUdu.
Yang ni memang tak pernah lalu tekak saya sejak dulu. Masa saya kecik2 dulu kalau piring budu ni berada kat depan mata saya, saya akan alihkan ke tempat lain atau saya yang beralih tempat.Kata suami saya, budu ni not bad rasanya tapi saya tetap tak boleh terima, kembang tekak!

Orang TRG panggil budu ni, BUDU dan anak katak iaitu berudu pula dipanggil BUDDU. hehehe masa saya kecik saya selalu ingat BUDU tu diperbuat daripada BUDDU. Maklumlah BUDU dan BUDDU tu kan warnanya sama, kelabu kehitam-hitaman. Saya selalu sangat tangkap BUDDU dari dalam telaga kemudian saya jemurkan atas tin panas yang saya jemur. Menggeletek BUDDU tu. Kononnya itulah proses untuk membuat budu.Saya betul-betul tahu BUDU tu sebenarnya diperbuat daripada ikan bilis yang diperam ketika saya dah besar sikit. Masa tu ada anak angkat mak datang dari Melaka dan kami membawa dia melawat ke seberang takir, disitu banyak perusahaan membuat budu etc. hehehe mengong betul kan?

Orang Trg juga makan nasi himpit dengan sambal ikan. Ops bukan sambal ikan yang merah menyala tu tapi ianya bewarna putih, rupanya macam serunding ikan tapi lebih lembab.Dulu saya tak suka sebab warnanya putih, tak menyelerakan langsung tapi skrg teringin pulak.Lagi satu, temosa. Temosa ni rupa dia macam karipap tapi intinya sambal ikan yang putih tu. Dulu saya tak suka tapi sejak duduk KL ni saya selalu teringatkannya. UWa!!! teringinnya!
Lagi satu, rojak kateh. Urat dan lemak yang diambil dari bahagian kaki lembu yang telah direbus kemudian dibuat kuah.FUh!! sedap!! kecur liur saya sekarang.

UWA!!! NAK BALIK KAMPUNG!!!!

Tak sabar nak tunggu raya, tapi masa tu, ada ke benda-benda tu??

Friday, July 25, 2008

Konsert Inul dibatalkan

Alhamdulillah! Akhirnya keputusan bijak berjaya juga dibuat. Saya menyokong penuh dengan keputusan ini.

Beberapa hari lepas, saya naik hairan dan marah apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di JB dibatalkan tetapi digantikan pula di Bukit Jalil. Dibatalkan tetapi diberi pula peluang ditempat yang lebih berprestij. Masa itu saya kesal sangat-sangat. Seolah-olah mereka yang bertanggungjawab tidak pernah belajar dengan peristiwa dulu.

Saya masih ingat, dia menyanyi dengan gaya yang ghairah dengan pakaian yang sama warna dengan warna kulit (saya tak pergi konsert dia,tgk melodi n surat khabar je :))Aduh! Malunya! Apatah lagi gayanya itu ditonton oleh ribuan golongan lelaki. Sudah tentu lelaki tidak melihat secara dasarnya sahaja.

Apa pun, tahniah kepada yang membuat keputusan yang bijak itu! Semoga anda mendapat rahmatNya!

**lagu dia menjadi lagu popular kanak-kanak dalam sebuah rancangan kanak-kanak. Macam dah tak ada lagu lain lagi dah. Anak-anak saya merupakan penonton setia rancangan itu dan lagu itu juga sering meniti bibir anak-anak saya, itu yg saya geram tu. Sering saya bising kat anak-anak saya, "nyanyi ajelah lagu lain!". Kerana pengaruh itu juga saya tidak suka konsert itu diadakan.

Wednesday, July 23, 2008

Ragam Manusia

Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain ragamnya. Minggu lepas 16.07.08 rumah saya dimasuki orang. Laptop, kamera n h/p anak saya dicuri. Pencuri tu cukup tinggi budi bahasanya, sebelum masuk, dia bagi salam berkali-kali sehinggalah anak saya bukakan pintu. Katanya, ayah suruh datang, baiki lantai bilik air bocor. Dah benda dah nak jadi, anak saya terus bagi dia masuk padahal sebelum ni, kalau ada yang datang nak hantar barang, anak saya suruh tel ayah dulu. Bila dah tel barulah dia bagi masuk tapi kali ni lain pulak ceritanya.Nak cerita panjang2 pun benda dah jadi, so biarlah. Tapi itulah salah satu ragam manusia, nak cari duit dengan senang, nak kaut keuntungan dari jerit perih orang lain dengan hanya menggunakan kepakaran menipu dan memperdayakan orang lain.

Sejak kejadian hari itu, saya berhadapan dengan dua lagi situasi. Anak2 saya dah fobia kalau dengar orang bagi salam. Muka masing2 mulalah cuak semacam. Situasi pertama, waktu dah hampir maghrib, saya baru aje pulang dari kerja. Tiba-tiba datang seorang wanita india bersama dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dengan muka manis, ditunjukkan surat kebenaran untuk meminta derma bersama biodata mereka yang memerlukan bantuan(tapi saya tak tgk sgt pun.)Dengan lembutnya saya kata, tak apalah, terima kasih. Lain kali aje. Saya bukan sengaja tak nak bagi tapi masa tu memang betul2 tak ada RM. Yang ada hanya syiling je,takkan nak bg kot. Yang amat mengejutkan saya dia terus blah dengan muka yang tak puas hati tanpa sepatah kata pun. Anak dia siap jeling kat saya lagi.

situasi kedua pula pun macam tu jugak. Makcik melayu datang jual kuih ke rumah. Masa datang dengan salamnya, senyumnya, cakapnya cukup memikat tapi saya tak tahu kenapa saya tak nak beli. Dengan lembut saya menolak dan tanpa sepatah kata, muka yg masam dan pandangan mata yang tak puas hati dia pergi macam tu je. Sedih saya tengok. Apa salahnya kalau datang cara baik, pergi cara baik. Tak salahkan? Mungkin rezeki ada di rumah sebelah. Pernah satu ketika, rumah saya penuh dengan kerepek.Macam-macam kerepek ada.Sebabnya stiap kali kami keluar makan, ada je yg dtg kat meja. Saya tak mampu nak tolak, kesian. Saya beli jugak sampai dah kira tahap membazir tapi tulah saya pun tak tahu kenapa saya tak nak beli kuih frozen makcik tu.

Pernah juga rumah saya didatangi oleh dua orang anak yatim. Menjual untuk dapatkan dana untuk sekolah. Saya beli dan adik tu tak ada duit baki. Saya kata, tak apalah, nanti buat makan tengah hari. Sungguh-sungguh dia tolak.Dia kata, nanti tak balance duit dengan barang dia. Saya kata, duit tu bukan untuk sekolah tapi untuk dia dan kawan dia tapi dia masih tak nak terima.Akhirnya dia bagi saya satu lagi set barang yang dia jual.Dia kata dia tak jual, dia sedekah, semoga kita sama-sama dapat keberkatanNya.Mata saya bergenang semasa dia meninggalkan saya. Saya nampak airmukanya yang jujur.Saya rasa dia anak yang baik dan bertanggungjawab.Cakapnya lembut yang bukan dibuat2.Semoga dia terus baik begitu selamanya.

Wallahhualam....

Watak Jahat

Hari ini saya lalui dengan penuh kebosanan. Ada kerja tapi malas nak buat. Nak baca paper, bosan jugak. Jalan-jalan ke blog kengkawan pun lama-lama timbul rasa bosan jugak. Dah naik juling mata saya mengerling jam, tak sabar nak balik rasanya. Dalam duk bosan-bosan ni, tiba-tiba suami saya msg,"7.30". Waa!!! Sekarang dah bosan tahap gaban, nak kena tunggu lagi!Adus!

Dalam bosan-bosan ni, saya ambil kertas dan mulakan draft untuk manuskrip baru. Huahaha kengkawan jangan jeles ye!Dan bermulalah dunia baru saya, berangan! Mula2 cari nama watak lepas tu mulalah create karekter watak tu. Bila masuk bab watak orang jahat, ni yang buat saya lemah. Tak reti betul.

Tiba-tiba saya teringatkan seorang awek ni. Cun! Badannya kecil molek, bertudung dan berkulit kemerah-merahan. Bibir dia pun merah asli, tak payah pakai lipstik dah. Saya suka perhatikan dia. Most of the time dia lunch dengan budak lelaki dan biasanya lelaki yg berbeza. Adakalanya dia bersikap bersahaja so saya rasa itu mungkin betul memegang status kawan, adakalanya dia seolah-olah malu2 kucing, ooo mungkin lelaki tu nak ngorat dia. Ada masa jugak saya nampak muka dia macam boring jer hehehe mungkin juga dia terpaksa lunch dengan orang tu.

Saya pernah senyum kat dia tapi sekali pun tak pernah berbalas. Kena jeling lagi adalah tapi ye lah, sapelah saya ni untuk dia bg senyum dia. Pernah saya tanya budak2lelaki kat ofis saya, cantik ke tidak budak tu. Macam2 jawapan yang saya terima. Ada yg kata saya buta sebab kata budak tu cantik, ada yg jawab bolehlah. Ada jugak yag kata memang cun tapi tak manis, air muka masam n nampak sombong tapi kalau dia nak kat saya, saya on jer! Ces!Dasar lelaki.

Dan sekarang, ampun maaf dipinta, saya dah jadikan dia salah satu watak untuk novel yang masih dalam perancangan ni. :)

Tuesday, July 22, 2008

Kerana Terluka - Aida Adriani

Sebelum terluka kerana kehabisan stok, dapatkan Kerana Terluka di pasaran dengan segera.




NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.

"Cinta bukan matematik, Nudra.
Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is,
kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

Tajuk: Kerana Terluka
Penulis: Aida Adriani
Halaman: 512
Harga: RM19.90

Monday, July 7, 2008

Setahun Berlalu

Hari ni genap setahun umur Alya. Wah! Tiba-tiba rasa macam sekejap je. Alya sudah mula bertath tapi sebab sejak kecil saya tak ajarkan dia pakai kasut, kalau sekarang pakai kasut dia akan marah-marah. Kalau dapat bukak kasut, dia akan campak kasut jauh-jauh.

Happy 1st birthday sayang! Semoga jadi anak yang solehah!

Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama untuk Moon, Editor Atas Nama Cinta. Semoga terus kekal bahagia selamanya!

Sibuk Semedang

First and foremost, saya mintak maaf banyak2 sebab rumah ni dah teruk sangat bersawang. Terlalu sibuk untuk menaip entry baru (kononnya!

Akhir cuti sekolah hari tu, saya ambik cuti tiga hari, kononnya nak balik kampung tapi memandangkan masa tu SUKMA tengah berlangsung dan khabarnya TRG jem teruk maka kami batalkan niat tu, sudahnya masa cuti tu dihabiskan dirumah dan bawak anak2 jalan sekitar sini2 aje.

Lepas tu sibuk dengan anak2 yang bergilir2 kena chicken pox. Balik ofis, kerja menimbun. Kadang2 rasa give up je nak kerja. Penat. Rasa duduk rumah lagi bagus, masak untuk anak2, tengok homework diaorang coz kadang2 rasa macam anak2 terabai je. Masa yang seciput pun guna untuk belek2 manuskrip sampai editor saya tanya, "akak buat apa dgn mnskp ni, dah jadi rupa belacan!" Tapi betul....masa ni saya rasa betul2
nak berhenti kerja. Tak terbuat semua benda dengan kudrat yang ada!

Alhamdulillah, maid saya sudah sampai dua tiga hari lepas. Lega sikit hati ni. Harap-harap eloklah orangnya.

Hari ni dapat tugasan baru, kena handle minah salleh yang datang ajar training kat ofis ni. Nak kena jaga refreshment etc. Yang tak laratnya bila bos kata, "make sure she feel like home!" Uwa! Kalau dah statement tu yang keluar dari mulut bos makanya semuanya kena tip top. Macam iklan singapore airlines tu.

Dalam kepala sekarang cuma ada, nak berenti kerja! nak berenti kerja!

Thursday, May 29, 2008

Airmataku menitis lagi......

Sudah lapan tahun saya bekerja dengan dia. Kalau dulu, pantang kena marah sikit saya menangis, merajuk etc tetapi sekarang saya dah kebal. Marahlah, jeritlah, makilah, langsung dah tak berkesan di hati saya sehinggakan satu hari dia pernah kata, I rasa I marah you lagi teruk, you tak nangis pun. Masa tu lagi sorang secretary dia menangis sebab kena marah.Saya pernah hantar surat berhenti kerja tetapi ditolaknya. Notis 24 jam tu! Kawan saya pernah kata, macam mana saya boleh bertahan dengan orang yang macam tu. Saya sendiri pun macam tak percaya, pejam celik dalam bengang dan bengong, rupanya dah lapan tahun saya 'hidup' dengan dia.

Dalam garang-garang dia, dalam jahat-jahat dia, ada baiknya juga. Dia pernah sms saya pukul 12, nak bagtau meeting dia untuk saya update dalam diari n dia tak sangka saya balas. Terus dia marah-marah tanya kenapa saya tak tidur lagi. Masa tu saya tengah siapkan assignment, terus dia suruh saya tutup buku, sambung buat kat ofis. Esoknya pagi2 dia cek,saya sambung tak kat ofis.Satu hari dia tak kacau saya. Masa saya lalui zaman gelap saya, dia sentiasa di sisi. Kadang-kadang dia tel semata-mata nak tanya, saya ok ke tidak. Kalau hari minggu, dia suruh driver dia tel saya just to make sure that his secretary is ok.

Kadang-kadang, lepas kena marah, dia hulur saya RM100.Bawak anak pergi makan pizza katanya. Tengok hari, kalau poket dia gelembung, banyaklah dapat, kalau poket kempis, sikitlah dapatnya. Kalau nasib baik, dapat USD atau SGD. Kadang-kadang tak kena marah pun dapat juga. Meleret saya senyum....

Tapi dia buat saya menangis semalam. Menangis bukan kerana kena marah tapi saya sedih. Saya sayang dia. Saya tidak mahu dia terus hidup dalam kebongkakan dan keangkuhan. Saat saya menaip entri ini mata saya kembali berair.

Saya pernah beritahu suami saya, kalau ditakdirkan 'dia' sakit dan memerlukan jagaan rapi, saya sanggup tunggu 'dia' di hospital, menjaga makan dan minum 'dia'. Saya teramat takut kalau-kalau ketika nyawanya dicabut, tidak ada orang akan mengajar dia mengucap (dia muallaf). Saya takut kalau-kalau ahli keluarganya uruskan jenazah dia mengikut adat dan fahaman mereka.

Dia akan pergi umrah hari ini. Tetapi ada sedikit perubahan dan miss communication, dia melenting! menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati saya. Dia bukan seperti yang saya kenal lapan tahun dulu. Dia tidak memaki hamun saya, sebab bukan saya yg uruskan hal ini tetapi ketika dia marah, saya dipanggil sekali untuk mendengar luahan kemarahannya. Saya sebak. Kalau dia perempuan, sudah tentu saya akan peluk dia dan minta dia beristigfar.

Untuk dia, selamat pergi dan selamat kemabli. Sekaya mana pun kita, kita tetap sama di sisi Allah.

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa dia. Tunjukkanlah kebesaranMu kepadanya ya ALLAH. Bukakanlah hatinya untuk bertaubat kepadamu Ya ALLAH! Amin!

Wednesday, May 14, 2008

Penat!!!

Saya betul-betul berada di dalam zon kepenatan yang teramat sangat. Rasa sengal tulang temulang. Kalaulah saya dapat tidur satu hari tanpa gangguan mesti best...atau pun kalaulah ada yang sudi hendak menaja saya merehatkan badan dan fikiran di tepi pantai, alangkah seronoknya...

Hari sabtu minggu lepas, Alya demam-demam. Saya ingat demam biasa sahaja sebabnya saya perasan sangat setiap awal bulan dia mesti demam. Lagipun sekarang ni dia belajar berdiri lepas tangan so saya ingat dia nak berjalan dah. Tapi demamnya makin melarat hinggalah ke hari isnin. Masa on the way balik kerja, nurseri call bagitahu badan Alya panas sangat. Hari Selasa Alya masuk spital, khamis malam baru balik. Bila duduk spital, yg sakit cepat sahaja sembuh, yang sihat pula rasa macam nak jatuh sakit, tak leh nak rehat langsung!

Jumaat 9.5.08. Birthday kakak saya, kak mie a.k.a ibu. Saya hanya htr sms sahaja. Malamnya saya, suami dan anak-anak test kedai makan baru sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke10 esoknya tapi hampes...betul-betul menghancurkan our anniversarry dinner.

Sabtu 10.05.08 Sudah sepuluh tahun saya menjadi isteri orang rupanya. Kata saya,emm dah 10 thn bang... kata dia pula, "baru 10 thn tapi abang rasa macam dah 100 thn" dan kata saya lagi..."iya? kesian kat abang. Sue rasa macam lagu crita saerah tu, seribu tahun..." zap!! satu cubitan hinggap di perut saya. hehehe tahu marah! dia cakap boleh, kita cakap tak boleh. kemudian kata saya lagi "hehehe rasa macam semalam je kita kahwin, oh indahnya dunia...bahagianya rasa.." huahahaha

Tiada special event..kami ke dewan di kajang tgk kejohanan t.wondo untuk sesi sekolah menengah kemudian jalan-jalan di alamanda perabihkan duit yg sejemput itu hehehe

Ahad 11.5.08 Selamat HAri ibu kepada semua yang bergelar ibu. Sudah sembilan tahun saya pegang jawatan ni. Aqil ada tournament hari ini jadi seawal 5.30am saya sudah bangun, buatkan nasi lemak, roti stim dan telur seprauh masak tetapi satu pun tak dijamah Aqil, tidak selesa katanya. Saya tahu dia sedang resah sebab sejak malam dia tak boleh tido dan seawal 6.30pagi dia sudah bangun. Berbagai persiapan kami lakukan untuk dia, ayahnya belikan berbotol-botol livita dan 100+.

Memandangkan keadaan Alya yang tidak sihat, saya hanya bertapa di rumah. pukul 10 lebih suami saya balik tukar baju pakai seluar trek n kasut sport supaya dia boleh duduk tepi gelanggang,lap-lap peluh n bg air. katanya Aqil dah menang dua. Satu lagi lawan, kalau menang boleh masuk semi final. Bila saya dengar ada satu lagi lawan, saya dah rasa Aqil tak akan menang sebab dia cepat weak. kata suami saya, Aqil dah penat tu..nak pergi beli air badak n livita lagi. hehehe memang betul sangkaan saya, Aqil kalah, walaupun dia banyak buat sepakan tetapi sepakan dia tak kena point. Dia cuma menang gangsa untuk acara pomsae. Medal tulah yang tergantung kat leher dia buat tidur.

Anak saya yang ini memang cepat weak. Saya tengah cari formula untuk menambahkan stamina dia untuk Smart tournament bulan 8 nanti. Kalau ada sapa-sapa ada tips, sudilah kiranya dapat berkongsi dengan saya ye.

Jadi, apa yg membuatkan saya penat sangat? Entahlah...tapi yg nyata dari 5.30am-12.00am saya bekerja tanpa henti. Tiada sesi tidur siang,nonton-nonton tv, jalan-jalan atau makan luar.Bangun pagi Senin..uwaaa malasnya nak gi kerja...nak sambung tidur lagi!

Saya tgk cerekarama Demi Masa baru-baru ini. Baiknya mak dia...Anak sya tak sangkut baju sekolah, saya dah jadi murai tercabut ekor...mcm mana ye nak sabar macam tu....

Wednesday, April 30, 2008

Adoi! Sakit Pinggang!

Tiga minggu lepas saya jatuh kat bilik air. Sibuk sangat memberus lantai sambil mula becok membebel tiba-tiba bedebuk! saya jatuh! Kaki tergelincir. Adoi! Masa tu ingat nak mati dah sebabnya masa jatuh tu, punggung jatuh dulu kemudian pinggan terhentak kat toilet n tangan buat tahan badan jatuh pulak dalam bowl. Terseret jadinya, nasib baik kepala tak terhentak. Tak retilah nak cerita macam kejadian tu...tapi masa jatuh tu tersenyap kejap sebab terkejut. Rasa sakit tak sangat cuma esoknya baru terasa sakit lengan sebab menahan badan n sekaligus terhentak kat bowl.

Tapi...minggu lepas bila nak bangun pagi, pinggang rasa macam nak kejang. Lepas tu hari khamis tu start rasa sengal, hari Jumaat mula mencucuk terutama masa drive. Hari sabtu tu makin menjadi-jadi, bergerak sikit je sengal samapi ke tulang hitam. Nak pergi urut, no tel embah tu hilang, kalau pergi je nanti dia tak ada pulak.

Hari ni duduk pun sengal campur ngilu. Tak tahulah macam mana nak habiskan satu hari duduk di kerusi hari ni. Dah tiga minggu baru nak rasa sakit. Hari tu betul2 rasa macam tak ada apa2, langsung tak sakit cuma terkejut jer. Tulah orang kata, kalau jatuh, cepat2 p urut. Esok, tak boleh tidak, nak kena pergi urut jugak.Tak tahan sih!

Tuesday, April 29, 2008

At Last!!

Aqil dah berjaya dapat black belt. Belum lagi hitam sepenuhnya, tapi tali pinggang merah hitam. Belum cukup umur untuk dapat hitam sepenuhnya. Pom 1, sekarang ni. Tersengih2 dia masa tgk uniform taekwondo barunya. Sejak dia naik tali pinggang merah, dia lebih bersemangat hendak pergi training.

11.5.08 ni Aqil ada tournament untuk sekolah2 daerah hulu langat. Saya tengok semangat dia lain macam jer sekarang ni. selidik punya selidik rupanya dia nak tebus kekalahan masa smart tournament last year. Masa tu Aqlan bawak balik gangsa, Fatnin dapat Perak tapi dia, as a big brother n yang mula2 sekali berkecimpung dalam taekwondo tak dapat apa2.Patutlah, penat macam mana nak jugak pergi training. Berkali-kali saya berpesan, taekwondo seni mempertahankan diri, bukan untuk belasah orang walaupun Aqlan selalu kata, "taklah bu, taekwondo tu untuk buli adik!" hehehe ada2 je budak ni sorang.

Saya juga pesan, musuh dan lawan hanya di dalam gelanggang, tapi kalau kat luar gelanggang, kena berkawan. Sepanjang training, dia okey jer. Asyik menang n boleh lawan, master pun cakap, Aqil dah banyak improvement. Bukan Aqil sahaja tapi yang lagi dua pun improved banyak. Sebelum ni kalau Fatnin sparring, mesti jadi macam dancing, pecah perut kami tengok tapi sekarang dah tak lagi. Kalau training asyik kena lawan dgn budak laki aje n menang pulak tu.Sampai ayahnya kata,"habislah...sapa dapat anak aku, kena belasah ajelah." Hehehe

Last saturday night, untuk pertama kalinya Aqil tak melawan masuk gelanggang. Terhenyak dia kena belasah, saya yg tgk kat tepi dah berair mata, rasa nak tarik keluar jer Aqil masa tu. Lepas selesai, Aqil dengan muka moyok datang mengadap ayah. Post mortem lah tu! Ayah tetap angkat ibu jarinya, bagi semangat. Ayah kata Aqil gelabah, main belasah je, tak baca gerak lawan. Itu juga yang master jerit masa tu, rileks! Memang terserlah kegelabahan dia masa tu. Ibu pulak kata, Aqil over confident. Aqil angguk. Dia kata, nampak budak tu macam lemah je, mata ngantuk jer tapi sekali dia sepak Ark! tak leh nak buat apa, dia pun terkejut n panic. Saya akui itu. Sepakan budak tu memang mantap. Laju, kuat dan padat, memang pergh! Sebab tu saya rasa macam nak tarik Aqil keluar sebab macam nak patah je rusuk Aqil kena sepak.

Lepas Aqil lawan, budak lain pulak masuk. Mak Aii! Lagilah hebat! Rupanya budak ini abang budak yang lawan Aqil tadi. Patutlah si adiknya pun hebat! Saya tak pernah nampak diaorang, murid sekolah sg besi cuma datang training kat bangi malam tu. Selidik punya selidik, kata si Aqil, si adik selalu menang, dah banyak pingat, si abang pulak dah pernah wakil Malaysia. Emmm patutlah!

**Saya rasa lega sekarang, walau tak sepenuhnya. Tapi rasa lain macam pulak bila berpisah dengan benda yang tak berenggang dengan saya sejak dua menjak ni. Semoga semuanya berjalan lancar, Amin!

Friday, April 25, 2008

Cerita ceriti

Cerita 1

Kisah berlaku semasa sambutan Hari Maulidur Rasul di sekolah Fatnin baru-baru ni. Gabungan dengan beberapa tadika lain, murid-murid berarak mengelilingi taman perumahan sambil berselawat.

Ibu: Macam mana tadi, okey?
Fatnin : Okey tapi penat. Sepuluh kali pusing...Fatnin penat sangat sampai pakwe Fatnin marah!
Ibu : Hah? Pakwe? (mata ibu dah membulat!)
Fatnin : A'ah, pakwe.
Ibu : Kenapa pakwe Fatnin marah Fatnin? (Huh! pandai2 je marah anak dara org, marah nih!)
Fatnin : Dia marah sebab FAtnin penatlaH
Ibu : takkanlah sebab penat je dia marah?
FAtnin :Yelah sebab dia kena tunggu Fatnin, nak kena pegang tangan.
Ibu : (Amboi!) Siapa nama pakwe Fatnin tu?
Fatnin : XXX (Lupa nama yg dia sebut tu)
Ibu : PARTNERLAH!!! Bukan pakwe!
Fatnin : Oo ee? A'ah partner.(dgn muka tak berperasaan terus bercerita. ibu dgn ayah dah tak dengar dah sebab sibuk duduk gelak.)
Fatnin : Ibu, pakwe tu apa?
Ibu : Pakwe tu boyfriendlah
FAtnin : o! a'ah bukan pakwe. partner(pot pet pot pet sambung citer dia balik)
Ibu: (emm kalau dah tak tahu makna pakwe tu apa, mana pulak dia belajar perkataan tu!)

Cerita 2

Cerita FAtnin lagi. ini tak tahu lah samaada dia salah sebut atau ibunya yang pekak.

FAtnin : ibu, teacher kata kita kena beli kek kalau nak halau hantu
Ibu : Hah! teacher cakap macam tu! (dahi dah berkerut!)
FAtnin : A'ah, teacher cakap macam tu! kena beli kek kalau nak halau hantu, kalau tak, nanti hantu kacau!
Ibu: Teacher Irene cakap macam tu? (Marah nih! thn lepas sy hantar dia ke tadika cina)
Fatnin : tak, teacher sekarang, teacher umi.
Ibu : Hah?! (Dari duduk terus berdiri) Teacher umi cakap macam tu? (Dia ni ajar ajaran sesat ke?)
Fatnin : Kenapa ibu? Salah ke? kita kena baca subhanallah banyak kali kan?
Ibu : (Terus terduduk balik. Melepek kat kerusi) a'ah betullah tu! berzikir!

Cerita 3

Tengah sibuk saya sapu lipstik, Fatnin datang menadah bibirnya. Berkali dilarang tapi dia hendak jugak, okey. sekali ni jer! Sepanjang dalam kereta, saya perasan, bahagian tempat duduk belakang, senyap sahaja tidak riuh seperti biasa tapi malas nak tengok, tidur agaknya. Samapi di destinasi;
Ibu : Dah sampai! Cepat! Cepat!
Aqil : Hoi bangunlah! Dah sampai ni! (Digoncang2nya Fatnin kuat2)
Aqlan: Hoi abang! Janganlah! Fatnin pakai lipstik tu, dia tengah sopan santun tu!
Ibu yang duduk menunggu kat luar kereta dah gelak tak hengat! Langsung saya tak jenguk dalam kereta, tak sanggup rasanya nak tengok gaya sopan santun Fatnin tu! Macam mana agaknya gaya dia masa tu, leher terlentok dgn mata terkebil2 agaknya. Tapi malam tu dia kurang lasak seperti malam2 sebelumnya...sopan santunlah katakan!

Cerita 4

Di dalam kereta. Ayah bukak radio n kebetulan masa tu lagu anuar zain tgh berkumandang n betul2 tgh part "lelaki ini...." tiba2 dgr suara Aqlan nyanyi dengan selambanya "Lelaki itu yang suka buli adik!" HAHAHA lagu khas yg ditujukan kepada abangnya yang terchenta!

Friday, April 18, 2008

FAMILY

Father And Mother I Love You = FAMILY.

Are you aware that if we died tomorrow, the company
that we are working for could easily replace us in a matter of days?
But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives.

And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family,
an unwise investment indeed, don't you think?
====================================================
Ayat di atas petikan daripada email yang saya terima hari ini. Kata-kata di atas membuatkan saya berfikir panjang.

Sejauh mana kata-kata di atas meninggalkan kesan di hati anda?

Thursday, April 17, 2008

Bertemu Kembali

Eceh! Macam tulis kat dalam kolum peribadi kat suratkhabar atau majalah je, hehehe.

Sepanjang penyepian saya, apa yang berlaku ye? Pesta buku 2008 berakhir tanpa sempat saya jejakkan kaki ke sana. Huwaaa sedih betul rasa tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki tapi tak apalah tahun ni hantar wakil. Abang saya pergi untuk promosikan buku senjatanya. Huhuhu menulis jugak abang saya rupanya...ops lupalah pulak, ini bukan pertama dia. Buku ketiga kot, buku pertama pasal burung2 di Malaysia, buku kedua, entah jadi ke tidak pasal sultan selangor dan buku senjata ni buku yang ketiga. Hari tu katanya nak tulis novel kanak-kanak, tup2 keluar pasal senjata. Terkejut gak. Huahaha I challenge u bro!!

Semalam saya kena gastrik, huhuhu tergolek sorang-sorang kat rumah. Sejak umur semakin meningkat ni, gastrik saya semakin menjadi-jadi. Paling teruk masa raya hari tu. Rasa sakitnya membuatkan saya menjadi seorang yang pemakan (alasan) hehehe sebab tulah badan saya juga kembang bagai di pam-pam.

Asalnya saya berpuasa hari isnin tu dan disebabkan hal-hal tertentu saya hanya berbuka dengan seketul cokelat sebesar ibu jari sahaja. Dah dekat sepuluh malam baru dapat makan betul-betul. Esoknya ingat nak puasa lagi tapi perut dah bagi hint, so saya lupakan saje niat tu. Petangnya muka saya dah macam cokodok basi, ulu hati saya dah mula kena perah. Malam tu jugak pergi ambil injection dengan harapan tak akan berlarutan tapi huhuhu injection itu tidak memberi kesan dan saya pun terpaksalah MC semalam. Hari ni walaupun dah berkurang tetapi badan rasa lesu jer...kalau boleh nak mc lagi...ehehehhe

Yang menyampahnya bila kena gastrik ni, tak makan sakit perut. Makan pun sakit juga siap dengan rasa nak muntah lagi. Lepas tu asyik berulang ke toilet jer..ee tak suka!

Terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ni walaupun dah bersawang. Saya tak ada apa-apa nak diceritakan sebenarnya. Terima kasih banyak2, saya hargai keperihatinan anda!

Monday, March 24, 2008

Apa Yang Saya Ada?

Dah lama tak update blog. Tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Emm.. saya tidak seperti Lynn Dayana yang pandai bermain kata-kata, jadi banyaklah kata-kata indah yang menghiasi blognya. Saya juga tidak seperti Rose Harissa, yang seni tangannya, apa sahaja yang terlukis diminda, boleh aje dikeluarkan dan ditempekkan di blog juga saya bukan seperti Lily Haslina yang banyak pengalaman hidup yang boleh dikongsikan bersama. Emm saya juga bukan seperti Kak Norzailina yang banyak resepi yang boleh di kongsikan bersama. Emm saya juga bukan seperti Laila Kamilia yang suka jalan-jalan tangkap gambar dan boleh juga dijadikan bahan bercerita.

Saya cuma insan biasa yang cuma ada suami, empat orang anak, ada empat abang dan tiga kakak. Anak-anak buah yang ramai yang sentiasa membuatkan hati saya rindu dengan keletah mereka. Bilalah dapat bersua agaknya.

Hendak bercerita tentang anak-anak, sudah tentu ada yang jelak membacanya. Jadi apa yang saya ada ye? Saya tidak punya keistimewaan2 itu untuk dipamerkan disini tetapi saya ada sahabat yang sangat istimewa, yang sangat perihatin terhadap saya. Bersyukurlah dengan apa yang saya ada, dan sekarang saya sudah ada bahan untuk bercerita di sini.:P

Mazlina a.k.a Puteri Erma Rashina Rashid, org kebanyakan, dari kalangan marhain yang berangan nak jadi puteri raja. Inilah sahabat saya dari tingkatan 1 hinggalah sekarang. Saya pernah lari menyepikan diri dari semua kawan-kawan, tetapi puteri raja ini masih sudi mencari saya, itu yang membuatkan saya terlalu menghargai dia. Puteri raja ini juga saya jadikan tempat untuk melempiaskan rasa hati saya,puteri raja ini juga pernah membukakan pintu rumahnya jam 3am gara-gara diketuk saya.

Myra, seringkas namanya, begitulah juga orangnya. Dia saya kenali baru beberapa tahun tapi dia saya anggap sahabat kerana sanggup bersusah kerana saya. Dia terlalu memahami segala isi hati saya, mungkin dia juga diari hidup saya. Di telinganya, telah saya sumbat pelbagai cerita mengenai saya, impian n harapan saya, remuk redam hati saya,semuanya.

Kak Jit. Teman bergebang di kedai mamak. Kalau ada yang menelefon dan saya katakan saya sedang berdating, dengan si dia inilah saya berpacaran sambil makan tosei kuah sardin. Emm yummy!

Sahabat-sahabat yang saya kenali ketika Pesta Buku 2007. Emm sudah hampir sthn perkenalan itu. Lynn Dayana, orangnya yang sentiasa membuatkan saya ketawa. Dia tidak pernah hilang dalam hidup saya melebihi dari seminggu, mesti ada call atau sms yang akan saya terima dari dia, dia membuatkan saya rasa begitu dihargai.

Rose Harissa. Sebut Hello saja, terus dengar dia ketawa sampai kadang2 saya terfikir dia tidak pernah berduka ke? Penyu menangis tak siapa yang tahu ye, Rose.

Lily Haslina Nasir. Nama besar yang sangat saya minati ketika zaman remaja saya. Emm sekarang pun remaja lagi kan? Saya sangat meminati LHN ketika zaman saya berlanggan dengan Dewan Siswa hingga kadang2 saya kecewa bila cerpennya tidak tersiar bulan itu. Pertama kali berjumpa dengannya saya rasa nak menjerit tetapi terpaksalah ditahan sebab pengalaman pernah mengecewakan. Sehingga hari ini saya masih mengagumi dia dan saya amat berbesar hati menerima tunjuk ajar sifu ini.

Laila Kamilia. Anggun, manis tapi awas bila dia membuka mulutnya. Dia sentiasa bersederhana di dalam hidupnya, menerima sesuatu dengan hati terbuka.

Aida Adriani. Si kecil molek ini sangat merendah diri orangnya. Dia tidak pernah berubah dari saat pertama kali saya mengenali dia. Kakak kecik ini juga tidak pernah membiarkan saya hilang dalam hidupnya lama-lama dan yang paling saya takut bila dia bermimpikan saya. Tolong! saya tak nak hadir dalam mimpi kak Aida lagi ye!

Kak Eka Fahara. Di Penang, di Singapore atau di Bangi, kakak ini tidak pernah melupakan saya, walaupun jauh beribu batu tetapi dekat sentiasa, membuatkan saya rasa disayangi selalu.

Kak Norzailina & Dhiya Zafira, kalian tetap istimewa di hati saya.

Terima kasih sahabat-sahabat kerana perihatin terhadap saya. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

Ini N3 saya terakhir. huhuhu sedihnya bunyi....Saya akan menyepi seketika sehingga 'perjuangan' saya selesai.

Sehingga ketemu lagi, buat semua sahabat, teman dan pengunjung blog ini, jaga diri baik-baik dan semoga kalian dilimpahi rahmat dan dilindungi ALLAH selalu.

Tuesday, March 18, 2008

Kuiz Hak Cinta Terpelihara



Terasa lapar? Nak makan pizza secara percuma? Sila baca Hak Cinta Terpelihara Lynn Dayana dan jawablah soalan - soalan berikut:

1. Dimanakah lokasi cover HCT diambil?

2. Kemanakah Ain menghilangkan diri dan mengapa?

3. Berapa lamakah Eric sudah memeluk agama Islam dan mengapakah dia menukar kepercayaannya?

4. Mengapakah Hajah Fatimah membenci Qartini?

5. Berikan nama anak Yus bersama Kamal?

6. Apakah gambar2 yang Eric MMSkan kepada Qartini?

7. Apakah penyakit yang dihidapi oleh Sarah?

8. Peristiwa apakah yang menjadi punca untuk Yus mengubah penampilannya?

9. Siapakah nama kanak-kanak kecil yang ditemui oleh suami Neesa di Pulau Tioman?

10. Sambungkan ayat berikut, tidak melebihi 20 patah perkataan. " Membaca HCT membuatkan saya....."

Penyertaan terbuka kepada semua pembaca.
Jawapan mesti dihantar sebelum 4 April,08 ke alamat email: lynn_dayana@yahoo.com.
Hadiah : Voucher sajian istimewa di Pizza Hut bernilai RM 50 ( tempat pertama) RM 30 ( tempat kedua).

Untuk sebarang kemusykilan, sila rujuk http://lynn-dayana.blogspot.com

CEPAT! CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!

Friday, March 7, 2008

Anak-Anak dan Masa Depan

Tidak ada seorang pun yang dapat meramalkan masa depan mereka. Ops! Tukang tilik tu boleh ke?

Setakat ni alhamdulillah, anak-anak saya walaupun nakal tetapi masih lagi berada dalam zon boleh dikawal (walaupun kdg2 meroyan ibu dibuatnya). Kadang2 saya terpaksa menjadi mak tiri yang garang, menjerit dengan bercekak pinggang bila nak suruh mereka buat sesuatu tapi kadang2 tanpa perlu disuruh, mereka dengan rela dan suka hatinya membantu ataupun bersembahyang.

Bapak mertua saya pernah kata, "anak-anak kau ni ada budi bahasa ye!" Isteri kawan suami saya juga pernah menegur, "Aqil ni ada budi bahasa." Dr n nurse yang merawat Aqil pun ada juga menyebut, "Aqil ni sopan,sejuk tengok. Boleh buat menantu." Mummy yang jaga mereka pun kata, "Anak-anak ko ni sue, okey. Aqil tu manja, susah nak cari anak lelaki yang macam tu.Sue beruntung!"

Setiap kali saya dengar cakap-cakap yang begitu, saya senyum aje. Bukannya senyum lebar dengan hidung kembang kempis tetapi senyum sikit je sekadar ambil hati. Bangga? Emm..rasanya tidak ada tetapi lebih kepada lega tapi yang banyaknya risau! Kenapa? Yelah, kita tidak dapat meramal apa yang berlaku di kemudian hari. Masa kecil ni yelah pijak semut tak mati tapi bila besar nanti, dah expose dengan macam2 benda, dah belajar macam2 benda, dah bergaul dengan macam2 orang, bila otak dah boleh merencana macam2 hal dan akal pun dah panjang, macam-macam boleh jadi. Kadang2 saya terfikir anak-anak saya ni akan kekal behave sampai bila-bila ke? Kalau behave, alhamdulillah tapi kalau tidak, malunya....mana nak letak muka.Lebih malu kepada Allah kerana gagal menjaga amanah yang diberikan dengan baik.

Saya selalu pesan kat anak saya, ibu tak kisah anak-anak nak jadi apa tapi yang penting, jadi orang, jadi manusia. Kalau jadi doktor, jurutera etc itu adalah satu bonus.Alhamdulillah!

Seorang ibu ditanggung perbelanjaannya oleh boyfriend anak perempuannya tanpa rasa bersalah dan si ayah mengambil sejumlah wang yang agak banyak tanpa rasa malu. Tidak cukup dengan itu dihulurkan satu list tempahan tiket kapal terbang. Tidak malukah mereka? Tidak risaukah mereka? Tidak pernah terlintas ke di fikiran mereka,adakah anak-anak mereka diapa-apakan untuk melayakkan mereka dapat semua kemewahan itu?

Ada juga yang menghantar sejumlah wang yang besar ke kampung, yang menghantar ibubapa ke mekah dengan RM yang diperolehi dari jalan yang salah. Apa agaknya yang dikelentongkan si anak kepada ibubapa mereka? Dan mungkin ibubapa ini terlalu naif lalu menerima pemberian sianak tanpa ragu?

Melihat situasi ini saya terkedu,risau,sedih.Saya panjatkan doa pada ALLAH, semoga anak2 saya, anak2 buah saya dijauhkan olehNya dari berkelakuan begini.
Sungguh, setiap kali melalui situasi begini,setiap wajah anak dan anak2 buah akan terbayang di depan mata membuatkan saya cukup takut.

Ada kes, ibubapa dah bagi semuanya dengan cukup,kasih sayang,RM,didikan dan segala-galanya tetapi sianak masih lagi memilih jalan yang salah. Ada kes pula, ibubapa dan anak sama naik dalam mengejar kemewahan melalui jalan yang salah ini,berkongsi idea dan berkongsi habuannya sama-sama.Astagfirulullah!!

Baik sianak atau ibubapa, kita dikurniakan akal yang sempurna, gunakanlah dengan cara yang betul.Fikirkanlah kesan dan akibatnya.Memang muda hanya sekali tetapi hidup bukan sekali.Kita akan dihidupkan sekali lagi, hidup yang kekal abadi.Jadi,apa yang kita buat hari ini akan memberi kesannya di kehidupan yang akan datang.Tak apalah kita susah hari ini janji hidup yang akan datang,kita enjoy!hehehe

kata saya kat anak2, "buat apalah nak berebut sangat air strawberry tu, nak bergaduh2.Cuba beralah,malaikat tulis pahala kat bahu kanan. Nanti boleh masuk syurga. Kat syurga semua ada. sebut aje nak strawberry,ting!Terus ada. Pokok sberry,dinding rmh,atap, semua sberry,.Ada sungai air sberry,hah,minum sangatlah sampai kembung!Nak mandi sberry pun boleh!"

Apa-apa pun SELAMAT MENGUNDI! BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK YE!

Tuesday, February 26, 2008

Ibu Yang Sewel :P

Semalam saya bercerita dengan anak-anak. Hehehe cerita tentang masa depan. Actually, ni idea kawan saya, Myra. This friend of mine memang sewel. Bukan setakat sewel tapi selamba badak n biul juga hahaha. Anak dia pernah menangis di pasarraya n tahu apa yang dia buat? Dia meraung juga macam anak dia buat. Sudahnya anak dia malu n stop crying. "mummy, tak mau nangis, tak mau nangis, malu mummy, orang tengok." Since that day, anak dia tak buat hal lagi. So semalam saya tiru salah satu cerita merepek dia hehehe.

Ceritanya bermula bila Aqil buka mulut;
Aqil : Nanti bila ibu tua, ibu duduk sini lagi ke? Tak pindah?

Ibu : A'ah

Ayah : Ni kira kampunglah. Anak-anak balik sini. Ibu dengan ayah tunggu je
anak-anak balik.

Aqil : Abang nak duduk sini sampai bila-bila.

Ibu : Mana boleh. Abang kan dah kahwin, dah ada anak, kena duduk rumah sendirilah.

Ayah : Abang...nanti bila dah kahwin, jangan dengar cakap isteri aje ye.Nanti
tak bagi balik tengok ayah dgn ibu.

Ibu : Masa tu, ibu dah tua. Hari raya, ibu tunggu anak-anak balik.
Ibu masak ikan msk kicap cili padi.

Aqil : favourite abg tu. bestnya!

Ibu : Ibu tunggu-tunggu abg tak sampai-sampai. ibu tel abang, abang kata, abang
tak boleh balik. isteri abang tak kasi.

Aqil : Heh, mana boleh macam tu.

Ibu : Lepas tu ibu tunggu lagi anak ibu yang sorang lagi. Ibu telefon pulak Aqlan.
Aqlan pun tak boleh balik jugak. Aqlan kata Aqlan sibuk.

Aqlan : Hehehe ada ke ibu ni!

Fatnin : Fatnin mesti balik ibu. Fatnin sayang ibu sangat2

Ibu : Ibu telefon Fatnin pulak, Fatnin pun tak balik jugak. ibu telefon Alya, Alya
pun sibuk jugak. Kesian ibu dengan ayah. Duduklah dua orang je. Rumah ni
dah tak cantik macam ni. Sekali malam tu, hujan turun..leeeebat sangat.
Angin pun bertiup, siung! siung! Ibu dengan ayah sejuk! Nak ambik makanan
pun tak boleh...tak larat...mana anak-anak ibu..

Aqlan : Hoi! Apa ibu ni buat cerita sedih macam ni. Tengok mata adik dah berair.

Aqil : Entah. Abang tak buat ibu macam tu lah.

Fatnin : Fatnin sedih (sambil kelip2 mata)Tak nak lah cerita lagi.

Alya : Kroh kroh (Tidur)

Ayah : Entahlah ibu ko ni. Cerita melayu betul. tak membina langsung!(Mata dia pun dah merah jugak sebenarnya hehehe)

Ibu : Sapa kata tak membina. Ini untuk peringatan supaya diaorang ingat sampai bila-bila. Apa akan jadi kat kita kalau diaorang abaikan kita.(Marah ni, citer ibu tak habis lagi)

Ayah : Lepas tu kan, ayah nak makan. Ayah mintak dengan ibu, ibu kata, yakkkk dusyum! Ibu tumbuk ayah.

Aqil, Aqlan & Fatnin : HAHAHAHA kuat ooo ibu!!

Ibu jeling tajam kat ayah. Ces!!

Moral of the story : Jangan abaikan ibu bapa. Sehebat manapun kerja kita, kita tetap anak sampai bila-bila. Biarlah anak-anak saya menangis sekarang dengan cerita merepek saya kalau itu boleh membantu mereka dari menangis tak sudah nanti. Saya juga pernah berpesan kepada anak saya, kalau ibu tahu anak2 merempit atau buat benda tak senonoh,tanah kat belakang tu besar kan? Ibu gali lubang, ayah pergi kejar, biar ibu dengan ayah tanam je hidup-hidup. Kalau masa saya kecik-kecik dulu saya akan takut dengan ugutan dan momokan sebegitu tapi zaman sekarang,masih laku ke lagi cerita2 sebegini? Saya hanya mampu mencuba yang terbaik dengan memberi makanan dari sumber yang halal,Insyaallah, didikan yang sempurna dan doa.Selebihnya saya berserah pada yang ESA, dia lebih mengetahui.

Aku Yang Tention!!!

Sejak dua menjak ni jiwa selalu kacau. Muka asyik berkerut aje. Rimas, penat, serabut dan macam-macam yang bertamu di dada dan bersarang di kepala. Saya benci memandu sebabnya setiap kali saya memandu, jiwa saya akan kacau. Masa tulah nak teringat kisah lama, masa tu lah teringat kat arwah mak n ayah, masa tulah terbit rasa rindu dan bersalah kat abang2 n kakak dan klimaksnya saya akan memandu dengan airmata yang merembes dengan lajunya dan kesannya melekat di jiwa berhari-hari.

Masa mula-mula tak de maid, saya seronok. Seronok yang amat sangat tapi sekarang saya dah penat yang teramat. Saya kagum dengan surirumah, bgn pagi buat sarapan,basuh baju, kemas rumah, jemur baju, masak,angkat baju, lipat n gosok, sort baju ke tempat yang sepatutnya dan pelbagai kerja lagi yang terus menerus. Saya cukup kagum sebabnya saya rasa saya sudah penat buat kerja yang sama setiap hari. Kalau tak pakai baju tak boleh ke? :P

Pernah satu hari, saya malas yang teramat. Saya tak nak menyapu n tak nak berkemas langsung, sudahnya rumah saya diterjah oleh Kak Eka. Huhuhu malunya! ALLAH saje yang tahu. Lepas aje Kak Eka balik, terus saya kerah tenaga pekerja untuk berkemas, manalah tahu kalau-kalau saya diterjah lagi, tak nak malu utk kali kedua hehehe tapi biasanya kalau rumah dalam keadaan ok, tak adanya orang nak datang tapi time berkecah tu, ada aje yang menjenguk.

Perkara2 lain yg makin menyerabutkan kepala:

~ Semalam, bos terchenta saya buat undang2 baru. Undang2 yang tak masuk dek akal n betul2 macam budak2. Tention!

~ MSS saya entah bilalah nak siap. Kwn2 dah bising. Bab kawan2 tu boleh tahan lagi tapi bila MANAGER dah buka mulut, "Kata dateline bln 12, ni dah nak masuk bln 3. Mssnya mana? nak tolong pegi hantar ni!" HEHEHE saya senyum je. PENYU MENANGIS TAK SIAPA YANG TAHU!

~ Baju membukit tak berlipat. Asalnya malas a.k.a menangguhkan kerja tapi akhirnya uwaaaa memang betul2 tak sempat.

~ Malam tadi, Alya batuk. Sounds bad. UWa! Saya risau. Saya tak nak berkampung di hospital lagi.

Apa yang saya sedang teringin nak buat sekarang?:

~ Cubit bos saya sampai lebam. Bukan sikit, cubit kat satu badan, biar bini dia tgk, terus mengamuk. "ni betina mana yang gatal2 cubit u ni?" Hehehe bestnya! Biar dia gaduh laki bini. Padan muka! ataupun kalau boleh nak aje saya cakap kat depan muka dia, mengong! mengong! mengong! Rasa2 kena lempang tak kalau cakap macam tu?

~ Rasa nak tgk laut, tgk air terjun, bermandi manda berenang2. Bestnya!

~ Rasa nak tidur seminggu tak nak bangun2.

~ RASA NAK JADI ANAK KECIK MAK BALIK!! NAK TIDUR BAWAH KETIAK MAK,NAK MAK SIKATKAN RAMBUT, SAPU BEDAK KAT MUKA, DENGAR MAK BERCELOTEH PASAL ITU INI DENGAN KEPALA KAT PAHA MAK SAMBIL MAK USAP2 KEPALA. NAK MAK PELUK! NAK PELUK MAK! NAK CIUM MAK!NAK MAK CIUM! OHHH BESTNYA! HEAVEN!!!!!!!

Tuesday, February 19, 2008

Apa Itu Cinta?

Ada orang bila terpandang lelaki hensem terus jatuh cinta. Ada pula bila si jejaka membantu menukar tayar yang pancit hati telah terpaut suka. Begitu juga dengan si jejaka, apabila si dara mengambil berat, penuh dengan sikap keibuan terus jatuh cinta. kalau bibir sentiasa tersenyum manis, hati juga mudah jatuh cinta.Opss air tertumpah dibaju juga boleh mengundang rasa cinta.

Pokoknya apa saja alasan akan diguna pakai sebagai alasan untuk jatuh cinta? Tapi berapa lama perasaan cinta itu bertahan? Ada yang sekali pandang terus jatuh cinta untuk bertahun-tahun, untuk selama-lamanya. Ada juga yang berkali-kali pandang baru jatuh cinta, lebih malang langsung tidak ada rasa cinta. Ada orang kata cinta yang drastik datangnya akan drastik juga perginya. Ada yang kata cinta yang datang perlahan-lahan akan makin bercambah dari hari ke hari.

Cinta pada buah hati, sanggup menurut segala kata, cinta kepada suami sanggup menjeruk hati,cinta pada isteri,poket kering pun tak apa, cinta pada anak-anak, sanggup berbuat apa sahaja, cinta pada sahabat sanggup menahan rasa, cinta pada kerjaya, sanggup menepikan segala, cinta pada ALLAH, itulah cinta yang sebenar-benarnya.

Apapun alasannya, apa pun sebabnya jadikan cinta itu semangat, kekuatan untuk terus bergerak maju ke depan.
******
* Saya sibuk sgt2, lupa nak cek paper, thn ni brp ramai org islam kena tangkap ketika sibuk meraikan hari cinta mereka?

** Saya jatuh cinta dengan Anuar Zain dari zaman bdk2 lagi sampailah sekarang.Hehehe "Mencintaimu tak mengenal waktu, tak mengenal puitis, hanya tulusnya hati" huahaha

** Saya sedang mencari mood. Baru lepas kena bambu dengan Lynn. Ceh!

Friday, February 15, 2008

Resah Gelisah

Jantung terasa macam mengecut aje. Perut pula asyik memulas-mulas dari tadi. Resah gelisah, tak senang duduk dibuatnya.

Kenapa? Sebab nak jumpa bos. Saya selalu macam ni bila dah lama tak jumpa dia dan tiba-tiba nak bersua muka mulalah saya jadi cacing kepanasan. Dah agak lama saya tak jumpa bos saya, asyik berkomunikasi tru phone aje.

Pagi tadi masa ingatkan dia pasal meeting, suara dia lain macam aje. Lagilah buat kecut perut nih. Lagipun, dia kadang-kadang kalau dah tak jumpa, dia sengaja cari pasal, ada aje yang tak kena. Kalau nasib tak baik kena jerit maki hamun depan staff lain. Walaupun dah biasa, walaupun selalu cakap ah tak kisah tapi sebenarnya kisah! Malu tetap juga malu tapi control.

Ni janji nak datang lepas sembahyang jumaat tapi sekarang dah pukul 3.30pm bayang pun nampak. Jangan pulak petang-petang baru nak datang. Orang nak balik cepat hari ni.Dah lah satu apa pun saya tak boleh buat hari ni, asyik melompat dari satu blog ke satu blog je. Mencari solution untuk redakan hati hehehe

Ceria dalam gundah!

Thursday, February 14, 2008

Pilihanraya Is Coming!

Akhirnya blog saya dah cantik. Hehehe cantik ke? Mestilah kan! Hasil dari air tangan sendiri. Lepas ni dah malas dah nak godek2 lagi. Tak jadi kerja dibuatnya.


Semalam 13.2.08 kabinet telah dibubarkan. Hari ini telah diumumkan 8.3.08 adalah hari mengundi. Masa inilah rakyat Malaysia diberi peluang untuk memilih pemimpin kesukaan mereka. Samaada mengundi secara ikhlas atau terpaksa atau pun mungkin juga kerana dibayar, yang nyata satu undi itu memberi impak yang besar.


Ini kali kedua saya mengundi. Kali pertama di Kajang. Adik beradik dan kawan-kawan saya masih lagi mengundi di KT. Kenapa saya menukar kawasan mengundi? sebab masa tu kalau tak silap saya, saya mengandung jadi kalau nak balik ke KT agak susah, jadi saya mengundi saja di kawasan tempat saya tinggal.


Apa pula janji calon pemimpin kali ini? Tak kisah lah apa pun janji mereka, yang penting apa yang mereka janjikan itu mestilah di tunaikan. Jangan hanya tahu membuat janji dan ingatlah setiap janji itu wajib ditunaikan. Menjawab dengan sesama manusia ini senang, tapi menjawab di akhirat esok tak de Jalaludin Hasan datang bagi talian hayat de...

Masih ada lagikah pemimpin yang betul-betul berjuang untuk rakyat?


Buatlah pilihan yang bijak.


p/s: Saya teringin tengok orang besar-besar ni berkereta tanpa ada polis trafik yg mengekori. Sesekali rasalah jem seperti rakyat jelata rasa ni. Barulah tahu betapa peritnya kami.

Wednesday, February 13, 2008

Erti Pengorbanan

Pejuang dulu-dulu ramai yang berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan bg kesenangan generasi selepas mereka. Hasilnya hari ini kita hidup senang lenang tanpa perlu menghirup udara yang penuh dengan debu dan asap bom.
Pengorbanan emak saya pula bangun seawal pagi untuk mengutip bunga tanjung untuk dijual. Hasilnya diberikan kepada anak-anak untuk dibuat bekal ke sekolah. Emak juga terpaksa menahan ejekan orang ketika dia bersusah payah menghambat anak-anak ke sekolah.
Ayah pula menggunakan tulang empat keratnya membawa beca untuk mencari rezeki. Kalau share makanan dengan ayah, yang best2 akan jadi kepunyaan saya, dan dia hanya makan sikit dan ambik yang tak best aje. Itulah pengorbanan seorang ayah, sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi anak-anak.
Pengorbanan ibu yang malas nak masak banyak kali, "tak apalah, makanlah...ibu dah kenyang!" dengan senyum lebar sedangkan perut pun dah berkeroncong hehehe.
Pengorbanan pemandu berhemah macam saya, sentiasa memberi laluan kepada pemandu lain. Nak masuk? masuklah! Nak potong? Potonglah! Tapi pengorbanan tak ikhlas bila saya dah bawak 130 km/j yg limitnya 90 km/j tapi ada lagi yang bangang mencucuk saya dari belakang dan dengan sebalnya saya terpaksa memandu ke lorong sebelah dan terpaksa memperlahan kereta sedangkan saya pun nak cepat! Tak apalah, mungkin pemandu tu nak tercirit kot!
Apa pula erti pengorbanan pada anda?

Tuesday, February 12, 2008

Buat Baik Dibalas Baik

Saya percaya dengan kata-kata hidup ini umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah. Saya juga percaya dengan, kita akan dibalas dengan setiap apa yang kita buat.
Satu ketika dulu, arwah ayah pernah berjumpa dengan sejumlah wang yang agak besar jumlahnya. Ayah ambik duit tu bawak balik, kemudian ayah mintak tolong orang kampung yang kerja dengan utusan iklankan di dalam suratkhabar 'sesiapa ada kehilangan barang, sila hubungi xxxx'. Maka ramailah yang menelefon samaada betul2 hilang barang atau sekadar mencuba nasib tetapi seorang pun tidak menepati ciri-ciri yang ayah cari. Hinggalah satu hari, rasanya dah lepas seminggu kot, adalah seorang hamba Allah ni telefon ayah. Setiap soalan ayah dia dapat jawab dengan lancar dan tepat. Ayah berbesar hati memulangkan balik duit orang tu dan sebagai tanda terima kasih, orang tu hulur beberapa keping not kepada ayah. Ayah senyum sambil berkata,"terima kasih, pakcik tolong aje."
Selang beberapa hari, kakak saya kehilangan purse dan seseorang telah mengembalikannya tanpa ada satu pun barang yang hilang. Bila bercerita dengan ayah, ayah kata bila kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik juga dengan kita.
Raya puasa baru-baru ni, kawan suami datang kerumah saya di kampung. Anak dia asyik menangis sahaja, tak sihat. Kakak saya bekalkan air zam-zam untuk anak kecil itu. Saya terharu dengan tindakan kakak saya itu. Baru-baru ini ketika anak-anak saya sakit, Kak Eka bersusah payah datang ke rumah saya menghantar air zam-zam untuk anak-anak saya. Saya cukup terharu dengan keperihatinan dia. Terima kasih kak.
Moral of the story; jangan takut untuk berbuat baik sesama kita. Allah akan membalasnya dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin ada yang berkata, dah puas aku berbuat baik tapi tak nampak pun faedahnya tapi mungkin kita tidak tahu faedah itu telah Allah limpahkan kepada orang-orang yang kita sayang. Wallahualam.

Tuesday, February 5, 2008

Jejak Kasih

Saya sedang mencari kawan-kawan yang telah lama tidak dapat dihubungi. Semoga semuanya masih sihat sejahtera. Dimana mereka ini ye? Kalau ada sape-sape tahu atau tuan empunya badan terbaca n3 ini silalah hubungi saya lily_suriani2004@hotmail.com

Faridah Abdul Wahab.
Kawan baik saya masa sekolah rendah. Saya teringin sangat nak jumpa dengan dia ni. Dah kawin ke belum? Anak dah berapa? Bekas student UIA. Last sekali yang saya tahu, dia kerja dengan Bank Islam.

Muzafar atau Cik Pa. & Hassan.
Dua classmate masa sekolah menengah. Rindulah kat Cik Pa ning. Mamat ni suka gelak. Cakap sikit, gelak je banyak.

Yan.
Ya ampun! Saya tak ingat nama betul dia. Azhan? Azian? huhuhu. Saya rindu bangat sama kamu! Berkali-kali dah saya cuba cari dia ni tapi masih tak dapat-dapat. Tak ada sorang pun yang ada contact number dia ni. Bekas penuntut Uitm Shah Alam DBS-Insurans. Orang Johor. Last sekali yang saya dengar Yan dah jadi cikgu. Yan...tolong hubungi aku ye!

Zairo a.k.a Giro
Mana hang? Rindulah nak dengar ko panggil aku dengan nama special tu...hehehe. Giro tak pernah panggil saya dengan nama saya. Tak kira kat mana, tak kira kat tengah orang ramai ke dia tetap panggil saya dengan nama special tu hehehe. Entah penyakit apa entah dan sebab geram dia panggil saya macam tu, saya tukar nama dia jadi Giro BSN hehehe.
Giro, kalau hang baca n3 ni, hang tolong email kat cheq ye! Kalau sape2 kenal giro ni pun tolong habaq kat dia suruh email kat cheq. Giro ni orangnya kurus kering (dululah!) n ada tahi lalat kat dagu kalau tak silap. X-student DBS - Insurans, UiTM Shah Alam

oklah, sekian sahaja pencarian jejak kasih saya.

Tuesday, January 22, 2008

Doa Untuk Aqil

Hari Khamis lepas, Aqil demam lagi. Ni yang entah ke berapa kali dia demam, dah tak terkira. So kami buat keputusan untuk bawak Aqil pergi buat ujian darah. Malamnya, kami pergi ambik blood test and the result was not so good. Dr kata abnormal. Hari Jumaat kami bawak dia jumpa pakar kanak-kanak, buat full blood test lagi dan resultnya, kami dah dapat semalam.

Blood infection. Malam tadi ambik darah lagi dan tengah hari ni Aqil akan dimasukkan ke dalam wad. Walaupun Dr kata, tak lah merbahaya sangat tapi hati saya tetap risau. Airmata dah berapa kali bergenang dah.

Doakan yang baik-baik aje untuk AQIL ye

Thursday, January 17, 2008

Family Dinner

Makan malam yang sangat seronok. Berkumpul, berborak dan bergurau dengan anak-anak buah yang jarang-jarang sekali dapat jumpa. Sekejap aje masa berlalu. Dulu, mereka kecik aje sekarang majoriti dah duduk IPTA. Fuh! Licin! Yang tengah-tengah tu abang saya yang sulung, yang sebelah kiri bertudung pink tu baru sahaja balik dari London dengan membawa title Dr. di depan namanya. Yang bertudung krim tu, pengkritik tetap novel-novel saya, cikgu sastera lah katakan dan yang paling saya kagum, ketabahan dia.
Sebahagian daripada yang hadir malam tu. Tak ada dalam gambar, seorang lagi kakak dan seorang lagi abang. Anak2 buah yang tak ada malam tu sememangnya tak boleh nak disenaraikan di sini sebab ramai sangat. Bergambar di pintu gerbang kedai tu.

Gambar Lagi

Nama kapal yang kami naik, Fajar Samudera. Saya sentiasa kena ambik gambar secara mengiring sebab nak nampakkan muka Alya.

Sesekali tengok macam feri aje kan? Rasa macam naik kereta aje, sesekali aje terasa macam teroleng-oleng. Kalau naik kereta pun sekali sekala akan masuk lubang jugak kan?

Tolong! Kepala Fatnin penyek! Salah satu tempat kat dalam kapal perang masa sesi lawatan.

Aiyo! Dah janji nak pakai 'baju' sama warna ke?

Orang lain pegang sekor je, Aqlan dua sekali gus. Tengok Aqlan berani macam ni, barulah Aqil berani mencuba.

Meredah Samudera

Gambar pertama di atas kapal. Masa ni kapal baru aje memulakan pelayarannya. Masing-masing tengah excited. Matahari kat belakang tu baru nak terbenam.
Lepas ambik gambar ni saya rasa geli geleman nak pegang Alya. Rasa nak mandikan dia je lepas tu.
Aqil suka sungguh dengan gambar ni. Cute kan rabbit kat sebelah dia tu. Aqil kata, tu angkatan tentera dia.
Inilah bilik tidur dalam kapal tu tapi ni bilik lelaki.
Kat belakang tu kapal perang yang tercanggih yang Malaysia ada.

Wednesday, January 16, 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke rumah baru saya. Kenapa saya berpindah? Sebab Lynn Dayana suka membebel suruh saya pindah daerah, senang nak letak gambar katanya. Jadi sempena tahun baru Hijrah dan menyahut seruannya, saya berpindah ke sini walaupun saya sangat sayang dengan rumah saya yang cantik tu. Ada sapa2 tak yang sudi nak cantikkan rumah saya ni? :P