Friday, May 29, 2009

Happy Birthday!

Hari ini genap umur Aqil 10 tahun. Hari isnin hari tu Fatnin genap 7 thn. Cepatnya masa berlalu. Cepatnya anak-anak ibu membesar.Setiap tahun, ibu boleh nampak dengan jelas perubahan anak2. Anak2 ibu dah macam2 ragamnya. Aqil dah besar, tak nak beg sekolah yg gambar superhero dah, purse pun dah tukar, tak nak lagi yg ada gambar ultraman. Seronoknya ibu dengan ayah gelakkan abang, ibu kata, ibu dah tempah kek untuk abg,wah...abang dah senyum lebar tapi bila tiba2 je ayah kata kek abang ada gambar pooh, muka abang terus sentap. Penat mulut ibu tahan senyum. Abang tunggu ajelah petang nanti. Ibu dgn ayah yakin, abg mesti gembira. Walaupun kami tak berkenan abang gila bola sampai tak ingat buku segala tapi ibu dgn ayah tetap belikan kek berbentuk padang bola.

Hari isnin hari tu, ibu lega bila tengok Fatnin tersenyum puas tgk kek bergambar barbie. Hehehe jangan tak tau, ibu sebenanrnya nak beli nutty cheese kek yg nampak sgt lazat dgn kacangnya hehehe tapi ayah ayah warning siap2, ni nak beli kek fatnin, bukan utk ibu ye. Eleh ayah tu, kalau masuk bab2 fatnin, memang tak boleh nak tolak ansur.Yalah, Fatnin kan buah hati ayah.

Untuk Aqil, Selamat ulang tahun nak, semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas dan tahun2 akan datang lebih dari tahun ini. Doa ibu semoga abang terus jadi anak yang baik, hamba yang patuh pada ALLAH, manusia yang berjasa.Ingat pesan ibu, kalau ibu dgn ayah pergi dulu, pada abanglah ibu letakkan harapan untuk menjaga adik2 dgn baik.Sebab tu abg selalu kena marah lebih, sebab tu ibu selalu suruh abg selalu beralah. Ingat juga, hidup ini bukan hanya untuk makan, tidur dan bola, kita ada perkara2 lain yg perlu diberi keutamaan juga.

Untuk Fatnin, hitam, putih, gemuk, kurus, itu semua tidak penting. Yang penting, hati. Tidak ada cacat celanya berkulit hitam, janji hati mesti putih. Manusia akan dihisab berdasarkan amalnya bukan hitam atau putih kulitnya. Lupakan soal warna kulit, yang penting Fatnin jadi anak yang solehah, hamba Allah yang bertakwa, manusia yang tahu berbudi dan berbakti. Ingat tu, sayang. Selamat ulang tahun.

Saturday, May 16, 2009

Nasi Goreng, Sambal Belacan & Buah Kuini

Disaat semua orang menyambut Hari Ibu, saya pula asyik terkenangkan arwah ayah. Saya rindukan nasi goreng ayah, saya rindukan sambal belacan ayah. Saya terkenangkan buah kuini ayah.

Minggu lepas, ketika suami kopekkan buah kuini dan hukurkan sehiris kepada saya, pantas sahaja saya menggeleng. Kata saya, "sue makan buah kuini ayah je." suka hati suami saya dengar sebab tak ada orang yang akan berebut dengan dia, boleh dia pulun makan sorang2. Entah kenapa, saya memang tak makan buah kuini yang di beli di pasar. Saya hanya makan yang dibawa ayah dari kg sahaja, pada saya buah kuini ayah sedap sangat, tak pernah lagi saya jumpa yang sesedap tu. kata kakak saya, buah kuini skrg dah tak berapa menjadi, kalau ada pun susah nak dapat yg elok, mesti berulat. Dulu ayah akan kopekkan kulit n bagi saya makan. Bila dah duduk KL ni, ayah akan kutip buah yg gugur (kalau tak yg gugur, x sedap), kumpulkan banyak2, bila dah cukup untuk anak2 yg kat KL, ayah akan datang naik bas bawak buah kuini tu.

Nasi goreng ayah sedap sangat. Resepinya mudah sahaja, cili blend, bawang n bawang putih n ikan goreng tapi sedapnya tidak terperi. Begitu juga dengan sambal belacan ayah, boleh buat saya makan bertambah-tambah. Semalam, dek kerana tidak tertahan lagi, saya masakkan nasi goreng yang macam ayah buat. Sambil menggoreng, saya ingat pesan ayah, ayah kata goreng garing2, biar kering, barulah sedap. Emm..sedap jugak, walaupun tak sesedap ayah punya. Sebak2 saya mkn sambil menyuap ke mulut anak2. Bila saya cakap, "nasi goreng macam ni yg ayah ibu selalu masak untuk ibu," berebut2 anak buka mulut sedangkan selama ni hanya nasi goreng ikan bilis a.k.a nasi goreng kg aje yg laku kat rumah ni.

Saya rasa nasi goreng ayah terlampau sedapnya di mulut saya kerana ia ditambah dgn bahan2 yg tidak nampak dari mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati sahaja. Nasi goreng ayah digoreng bersama rasa kasih yang tidak bertepi, bersama rasa sayang yang menggunung tinggi. Begitu juga dengan buah kuininya, ayah kutip, ayah bersihkan dan simpan, ayah pikul dengan rasa cinta, rasa sayang, dengan doa & harapan, dgn rasa seronok dan puas.

"YA ALLAH, ampunkanlah segala dosa ayah. Letakkan ayah dikalangan org mukmin, beriman dan bertakwa, jauhkan ayah dari seksa kubur dan azab neraka. Sesungguhnya ya ALLAH, ayah telah menjaga amanah yg kau berikan dengan sebaik-baiknya, ayah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan sempurna, oleh itu ku pohon padamu ya ALLAH, KAU tutupkanlah semua pintu2 neraka dan KAU bukakanlah seluas-luasnya semua pintu syurga untuk ayah.Amin!"

Al Fatihah!