Monday, October 17, 2011

Setiap Manusia Diuji

Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada lima cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang.

Imam Al-Ghazali menyebut, bahawasanya: Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan semua bencana di dunia ini, di dalamnya ada lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan.

Pertama: Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya.
Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya.
Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini.
Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.

Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama.
Dalam beberapa hadis, dinyatakan doa diajar Nabi Isa AS bermaksud: “Ya Allah, jangan menjadikan musibah kami ini disebabkan oleh kelalaian kami dalam mengerjakan agama.” Jadi, doa ini boleh ambil dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

Ketiga: Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat.
Ujian diberi Allah SWT masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat.
Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan.
Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat.
Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.

Keempat: Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT.
Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah SWT dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu.
Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT.
Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.

Kelima: Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah.
Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan.

**Dipetik daripada Harian Metro**

Tuesday, September 13, 2011

UPSR Datang Lagi!!!

Hari ini UPSR datang lagi. Peperiksaan untuk anak-anak yang berada di darjah enam. Hari ini segala ilmu yang dipelajari selama enam tahun akan dicurahkan ke atas kertas habis-habisan...

Hari ini anak sulung saya, Ahmad Aqil dan anak sulung abang saya, Fathiah Husna bersama-sama ribuan pelajar darjah enam menduduki UPSR, mudah-mudahan diberi kelapangan dan dipermudahkan olehNya...

Pagi tadi, saya dan suami menghantar Aqil ke sekolah dengan doa dan harapan. Kami sempat bersama-sama mendengar taklimat akhir dari guru. Saya yang terkenal dengan pelakon airmata sedaya upaya menahan airmata dari menitis tetapi gagal juga akhirnya apabila melihat guru-guru lelaki mahupun perempuan kembang kempis hidung dan merah2 mata mengiringi anak-anak murid ke dewan pepereksaan. Ya, guru mana yang tidak sayangkan anak muridnya. Satu pemandangan dan pengalaman baru untuk saya.

TERIMA KASIH BYK2 wahai guru-guru yang selama ini bertungkus lumus mengajar anak-anak saya.

GOOD LUCK! untuk anakanda Aqil, Fathiah dan Izzah. Semoga kejayaan menjadi milik kalian.

p/s: kekoknya kembali menulis di sini...