Wednesday, September 9, 2009

Kisah anak-anakku


Ceritera Aqil.


Ini cerita lama. Rasanya kejadian ini berlaku bulan 6 atau 7 hari tu.


Ibu : Kenapa ayah marah-marah?

Aqil : Markah BM abang. Abang dapat 2/10.

Ibu : Kenapa sikit sangat? Apa soalannya?

Aqil : Buat karangan berdasarkan KACANG LUPAKAN KULIT

Ibu : Ok. Dah tu apa yang dapat teruk sangat? Abang buat macam mana?

Aqil : Namaku kacang. Nama kawanku Kulit. Kami berasal dari Ipoh....

Ibu : (Sudah gelak tergolek-golek. Memang betul2 tergolek)


Adoila....nak marah pun tak jadi. Sejak naik darjah 4 ni, itulah pertama kali soalan pereksa atau ujian keluar stail macam tu. Biasanya yang keluar, aku sebuah motosikal, aku sekuntum bunga, aku sebuah buku. Jadi dia pun taram buat karangan ala-ala yang macam tu. Seminggu saya dan suami gelakkan dia. Kalau dia nakal je saya akan panggil, "Mana budak yang namaku kacang, nama kawanku kulit." Atau bila ada yang mengadu pasal dia, saya akan kata, "tak apalah, kan nama dia kacang bla bla bla.." Karangan dia berbunyi lebih kurang begini:


Namaku Kacang. Nama kawanku Kulit. Kami berasal dari Ipoh. Pada suatu hari aku dan kawanku dibawa ke Shah Alam menaiki lori. Aku dan kawanku diletakkan di kedai runcit Ali. Pada suatu hari, datang seorang wanita membeliku. Keesokan harinya aku dibawa oleh wanita itu ke pejabatnya. Ketika wanita itu bersembang dengan kawannya, aku diambil lalu digoncang-goncang kemudian aku dimakan dan kulit di buang ke dalam tong sampah. Aku berpisah dengan kulit.


Ibu : Cikgu kata apa Aqil tulis macam ni?

Aqil : Cikgu cuma kata Aqil...Aqil....


Belum habis sakit perut ketawakan Aqil, Fatnin pulak bawak balik kertas ujian.


Fatnin : Ibu, Bahasa Melayu, Fatnin salah satu je.

Ibu : Iya? Bagusnya...malam nanti suruh ayah belanja makan.

Fatnin : Fatnin dah buat betul tapi cikgu tanda salah.

Ibu : Meh sini, ibu tengok(Baca soalan)


Ali membawa ........ke dalam hutan.

A lampu Jalan

B lampu suluh

C Lampu meja

D Lampu apa ntah dah lupa.


Ibu : Ya ALLAH!! Nin, tahu tak lampu jalan ni apa?

Fatnin : Tahu. Lampu yang kita pegang tu yang kita bawak jalan-jalan tu...

Ibu : SUBHANALLAH!!! Itu lampu suluhlah. Lampu jalan tu, tu yang kat depan rumah kita tu. Tu namanya lampu jalan. Ada ke orang bawak lampu besar gedabak tu masuk hutan?

Fatnin : (Tersengih-sengih) Tak ada. Manalah Fatnin tahu, Fatnin ingatkan lampu jalan tu lampu yang kita bawak jalan-jalan.


Err...Kalau buat "DNA" Berdasarkan cerita taugeh dan cambah, memang sah mereka ni anak-anak saya. Hehehe



UPSR

Rumah saya ni, bukan takat bersawang, entah-entah dah berpenunggu. Lama sangat saya tak jenguk ke sini. Sibuk? Ya juga...tapi apa yang sibuk sangat tu? Entahlah....mss tak siap-siap jugak.

Saya sebenarnya malas nak menulis di sini. Sejak saya cabut tingkap sembang kat rumah ni, mood saya untuk menulis di sini turut sama tercabut dari jiwa saya. Bukan sahaja malas menulis tetapi mood untuk menjenguk disini turut sama terjejas sehingga kadang-kadang saya terlupa terus tentang kewujudan rumah ini.

Semalam, UPSR bermula. Good luck untuk anak-anak yang ambil pereksa tahun ini. Good luck untuk ibu-ibu yang ada anak ambil UPSR. Saya percaya ibu-ibu lagi berdebar dari anak-anak. Semalam, sewaktu melintasi sekolah di kawasan perumahan saya, kebetulan waktu itu pelajar baru sahaja keluar dari kawasan sekolah. Macam-macam riak di wajah masing-masing, ada yang berkerut, ada yang tersenyum, ada yang nampak lega. Ada ibu yang menanti betul-betul di depan pagar sekolah, ada yang berdiri di depan kereta, ada yang memeluk erat anak masing-masing, berpimpingan tangan, namun ada juga yang pulang bersendirian. Untuk tiga hari ini, anak-anak menjadi raja dan ratu, dilayan sesempurna mungkin.

Setiap kali musim UPSR saya terkenang kisah lama. Setiap kali melihat taugeh, saya teringat UPSR pula. Apa kaitannya? hahaha..... Masa saya ambil UPSR dulu, ada soalan yang berbunyi lebih kurang begini... Sila bina ayat menggunakan perkataan berikut; dan salah satunya ialah CAMBAH. Saya betul-betul buntu. Badan sudah berpeluh. Dada sudah berdebar kencang. Hanya satu soalan itu sahaja yang saya belum jawab sehinggalah ke minit-minit akhir, tiba-tiba ting! saya mendapat idea. Binaan ayat saya berbunyi begini : CAMBAH IALAH SEJENIS TAUGEH. Hahaha di Trg, taugeh itu disebut camboh. Beberapa tahun lepas tu baru saya tahu ayat saya tu tak betul. Hehehe tapi saya dapat 5A tau!! Kata suami saya, kesian pemeriksa tu, mesti dah masuk wad sakit jiwa sebab terkejut tengok kertas saya. Kata kawan saya pula, saya dapat markah kesian. Tak kisahlah asalkan saya dapat 5A.

Untuk adik-adik, anak-anak selamat maju jaya!!! Ingat ye, taugeh tu taugeh tau bukannya cambah ye....

Tuesday, August 11, 2009

Pengumuman Penting!!!

Salam.

Rakan niaga di Brunei dan Singapura diperlukan. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di lily_suriani2004@hotmail.com

Saya menanti kedatangan anda!

Terima kasih.

Friday, July 10, 2009

All In One

070707
Alya sudah dua tahun. Saya masih ingat, dua tahun dahulu, hari sabtu. Pada hari itu Lynn Dayana, Rose Harissa, Laila Kamilia dan Umi Azrini membuat rombongan cik kiah ke rumah Kak Lily dan saya pula di Hospital An Nur menahan sakit untuk melahirkan Alya. Kini, sudah dua tahun peristiwa itu berlalu. Banyaknya perkara yang sudah berlaku. Alya sudah besar, sudah pandai pakai baju sendiri, sudah pandai komen itu dan ini. kini, Alyalah peneman saya sehari-hari. Bergaduh dan berebut laptop kecil ini setiap kali saya memegangnya, kalau saya sibuk hendak menaip, Alya juga akan sibuk untuk tengok Jangnya. Adoi.. gemar benar dia dengan Jang o Jang, sampai naik muak saya mendengarnya. Apa-pun semoga Alya membesar menjadi anak yang baik, solehah, cintai Allah dan Rasulullah.

Ya Allah, panjangkanlah umur anakku, Faqihah Alya. jadikan dia anak yang solehah, hambamu yang bertakwa dan manusia yang berguna. tanamkan rasa cinta terhadapmu dan nabi muhammad S.A.W di dalam hatinya. permudahkan urusannya dunia dan akhirat. merdukan suaranya untuk membaca alquran dan hadis.

*******
dua hari lepas, sahabat saya menelefon, menangis dan menangis dan menangis. dan saya juga turut menangis bersama-sama, saya turut terasa betapa sakitnya dia diperlakukan begitu, saya juga turut merasai betapa sedihnya dia dilayan sebgitu rupa tapi saya tahu dia seorang yang tabah. dia seorang yang kuat. Kalau saya punya kudrat, saya ingin terbang memeluk saya. Kalau saya punya kuasa seperti Ultraman, saya akan musnahkan orang yang membuat dia sedih dengan kuasa ultra biru saya, walaupun saya tahu sahabat saya itu tidak akan bersetuju dengan saya. Dan doa saya sentiasa mengiringi dia.

*********
Hari Sabtu lepas, seorang lagi sahabat saya juga berada ddalam keadaan duka. Emak tersayang, terlantar di hopital. Terkejut dengan berita yang diterima, sahabat saya mendapat darah tinggi. Aduhai sahabat, kuatkan semangat. Banyakkan bersabar ye. buat Chek, semoga cepat sembuh.

*********

Mss saya tersangkut lagi. Tention. Angin. Macam-macam perasaan yang melanda diri saya sekarang. Tak kanlah saya nak tukar mss baru lagi. kalau macam tu bila pula saya hendak hantar ke penerbit. adoila...

Friday, June 12, 2009

Promosi Hebat

Promosi Hebat!!

Adakah insurans/takaful kereta anda akan tamat tidak lama lagi? Klik DI SINI untuk memperbaharuinya secara online sekarang. Semuanya pantas, mudah, dan sepenuhnya online. Juga boleh perbaharui roadtax. Tidak kira dengan syarikat mana insurans kereta anda sekarang ini, anda boleh memilh untuk memperbaharuinya DI SINI - cara mudah dan cepat serta berlandaskan syariah. Inilah masanya untuk anda berhijrah daripada insurans konvensional ke takaful.

Cuma pastikan anda mempunya maklumat berikut untuk proses yang lancar:

1. Kad pendaftaran kenderaan / Notis pembaharuan insurans
2. Nilai NCD - jika ada (maksimum 55% jika layak)
3. Nama pemunya kenderaan dan no. KP (baru dan lama seperti yang tertera di kad pendaftaran kenderaan)
4. No. enjin dan chasis kenderaan ( terdapat di kad pendaftaran atau notis pembaharuan insurans)
5. Jumlah yang anda mahu kenderaan anda diinsuranskan (mengikut nilai pasaran atau 5% / 10% lebih rendah daripada jumlah diinsuranskan tahun sebelumnya, mengikut jenis kereta)

Dapatkan Tupperware Thirstbreak Tumbler (470ml) sekiranya anda memperbaharui insurans/takaful kenderaan anda DI SINI . Hanya taipkan "Tupperware Tumbler" di ruang "Kod Promosi" dalam langkah 2 untuk mendapatkannya.

Anda bukannya hanya mendapat 1 tetapi 2!!! Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini!!!

Selepas anda membuat pembayaran untuk auto takaful kenderaan anda DI SINI, sila sms ataupun email kan nama,no plat kenderaan,tarikh bayaran dan alamat untuk tujuan penghantaran "free gift" tersebut.Kos penghantaran adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di 012-3796005/ 012-6393877

Sekian, terima kasih.

*****
1. Promosi sah bermula dari 25 Mei sehingga 25 Jun 2009
2. Promosi ini hanya untuk pembayaran yang dibuat DI SINI (MEKAR IDAMAN) sahaja

Jawapan Yang Pasti - Eka Fahara



Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

Dapatkan novel bertandatangan penulis, buku nota kecil dan bookmark sekiranya anda membeli secara online di http://raknovelef.blogspot.com

Cuma Dia

CUMA DIA
KINI DI PASARAN!

BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.


Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.

Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.

Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.

http://norzailina.blogspot.com/

Monday, June 8, 2009

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi

"Pernahkah airmatamu menetes kerana rindukan Nabi Muhammad S.A.W?"
"Pernahkah kamu mencintai Nabi Muhammad sebagaimana dia mencintaimu?"
"Ibu...Kalau ibu sendiri tidak pernah mencintai Nabi Muhammad bagaimana anakmu mahu mencintainya?"
"Apa yang telah kau ajarkan pada anak-anakmu ibu?"
"Siapa idola anak-anakmu ibu?"

Jangan biarkan damai ini pergi
Jangan biarkan semuanya berlalu
Hanya padamu Tuhan
Tempatku berteduh
Dari semua kepalsuan
Dunia....

**************
Selama tiga hari, satu sahaja yang saya tak dapat dan terlalu inginkannya.
"Hadiah, hadiah, hadiah!" dari Mas Karno
HAHAHA Hezzi dan Kak Eka, tolong jgn jeling saya!!

Friday, May 29, 2009

Happy Birthday!

Hari ini genap umur Aqil 10 tahun. Hari isnin hari tu Fatnin genap 7 thn. Cepatnya masa berlalu. Cepatnya anak-anak ibu membesar.Setiap tahun, ibu boleh nampak dengan jelas perubahan anak2. Anak2 ibu dah macam2 ragamnya. Aqil dah besar, tak nak beg sekolah yg gambar superhero dah, purse pun dah tukar, tak nak lagi yg ada gambar ultraman. Seronoknya ibu dengan ayah gelakkan abang, ibu kata, ibu dah tempah kek untuk abg,wah...abang dah senyum lebar tapi bila tiba2 je ayah kata kek abang ada gambar pooh, muka abang terus sentap. Penat mulut ibu tahan senyum. Abang tunggu ajelah petang nanti. Ibu dgn ayah yakin, abg mesti gembira. Walaupun kami tak berkenan abang gila bola sampai tak ingat buku segala tapi ibu dgn ayah tetap belikan kek berbentuk padang bola.

Hari isnin hari tu, ibu lega bila tengok Fatnin tersenyum puas tgk kek bergambar barbie. Hehehe jangan tak tau, ibu sebenanrnya nak beli nutty cheese kek yg nampak sgt lazat dgn kacangnya hehehe tapi ayah ayah warning siap2, ni nak beli kek fatnin, bukan utk ibu ye. Eleh ayah tu, kalau masuk bab2 fatnin, memang tak boleh nak tolak ansur.Yalah, Fatnin kan buah hati ayah.

Untuk Aqil, Selamat ulang tahun nak, semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas dan tahun2 akan datang lebih dari tahun ini. Doa ibu semoga abang terus jadi anak yang baik, hamba yang patuh pada ALLAH, manusia yang berjasa.Ingat pesan ibu, kalau ibu dgn ayah pergi dulu, pada abanglah ibu letakkan harapan untuk menjaga adik2 dgn baik.Sebab tu abg selalu kena marah lebih, sebab tu ibu selalu suruh abg selalu beralah. Ingat juga, hidup ini bukan hanya untuk makan, tidur dan bola, kita ada perkara2 lain yg perlu diberi keutamaan juga.

Untuk Fatnin, hitam, putih, gemuk, kurus, itu semua tidak penting. Yang penting, hati. Tidak ada cacat celanya berkulit hitam, janji hati mesti putih. Manusia akan dihisab berdasarkan amalnya bukan hitam atau putih kulitnya. Lupakan soal warna kulit, yang penting Fatnin jadi anak yang solehah, hamba Allah yang bertakwa, manusia yang tahu berbudi dan berbakti. Ingat tu, sayang. Selamat ulang tahun.

Saturday, May 16, 2009

Nasi Goreng, Sambal Belacan & Buah Kuini

Disaat semua orang menyambut Hari Ibu, saya pula asyik terkenangkan arwah ayah. Saya rindukan nasi goreng ayah, saya rindukan sambal belacan ayah. Saya terkenangkan buah kuini ayah.

Minggu lepas, ketika suami kopekkan buah kuini dan hukurkan sehiris kepada saya, pantas sahaja saya menggeleng. Kata saya, "sue makan buah kuini ayah je." suka hati suami saya dengar sebab tak ada orang yang akan berebut dengan dia, boleh dia pulun makan sorang2. Entah kenapa, saya memang tak makan buah kuini yang di beli di pasar. Saya hanya makan yang dibawa ayah dari kg sahaja, pada saya buah kuini ayah sedap sangat, tak pernah lagi saya jumpa yang sesedap tu. kata kakak saya, buah kuini skrg dah tak berapa menjadi, kalau ada pun susah nak dapat yg elok, mesti berulat. Dulu ayah akan kopekkan kulit n bagi saya makan. Bila dah duduk KL ni, ayah akan kutip buah yg gugur (kalau tak yg gugur, x sedap), kumpulkan banyak2, bila dah cukup untuk anak2 yg kat KL, ayah akan datang naik bas bawak buah kuini tu.

Nasi goreng ayah sedap sangat. Resepinya mudah sahaja, cili blend, bawang n bawang putih n ikan goreng tapi sedapnya tidak terperi. Begitu juga dengan sambal belacan ayah, boleh buat saya makan bertambah-tambah. Semalam, dek kerana tidak tertahan lagi, saya masakkan nasi goreng yang macam ayah buat. Sambil menggoreng, saya ingat pesan ayah, ayah kata goreng garing2, biar kering, barulah sedap. Emm..sedap jugak, walaupun tak sesedap ayah punya. Sebak2 saya mkn sambil menyuap ke mulut anak2. Bila saya cakap, "nasi goreng macam ni yg ayah ibu selalu masak untuk ibu," berebut2 anak buka mulut sedangkan selama ni hanya nasi goreng ikan bilis a.k.a nasi goreng kg aje yg laku kat rumah ni.

Saya rasa nasi goreng ayah terlampau sedapnya di mulut saya kerana ia ditambah dgn bahan2 yg tidak nampak dari mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati sahaja. Nasi goreng ayah digoreng bersama rasa kasih yang tidak bertepi, bersama rasa sayang yang menggunung tinggi. Begitu juga dengan buah kuininya, ayah kutip, ayah bersihkan dan simpan, ayah pikul dengan rasa cinta, rasa sayang, dengan doa & harapan, dgn rasa seronok dan puas.

"YA ALLAH, ampunkanlah segala dosa ayah. Letakkan ayah dikalangan org mukmin, beriman dan bertakwa, jauhkan ayah dari seksa kubur dan azab neraka. Sesungguhnya ya ALLAH, ayah telah menjaga amanah yg kau berikan dengan sebaik-baiknya, ayah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan sempurna, oleh itu ku pohon padamu ya ALLAH, KAU tutupkanlah semua pintu2 neraka dan KAU bukakanlah seluas-luasnya semua pintu syurga untuk ayah.Amin!"

Al Fatihah!

Monday, April 13, 2009

Terima Kasih!

Dipetik dari web alaf 21

TERPIKAT DENGAN TIKA RINDU BERLAGU


Zaiery Zai
Jengka, Pahang

Pertama kali membaca karya Lily Suriani yang bertajuk Tika Rindu Berlagu saya tidak menyangka karyanya amat menarik dan rasa berada di alam nyata.

Karya beliau cukup membuatkan seseorang terbuai dengan watak yang ditampilkan. Kisah hidup realiti masyarakat sekarang yang dipaparkan begitu berkesan seolah-olah beliau membuat kajian terperinci tentang masalah sosial yang melanda kehidupan masyarakat sekarang seperti gay dan pembuangan bayi.

Sentuhan beliau dalam karya terbaru ini menarik minat saya untuk membaca kerana lengkap dengan pakej sesebuah novel yang pembaca mahukan. Tidak lengkap sesebuah novel kalau tidak ada unsur-unsur cinta, kasih sayang, dendam, kesedihan, kebahagiaan dan pelbagai aspek yang mencadi rencah sesebuah novel itu menjadi pilihan pembaca.

Sebelum ini saya amat tertarik dengan karya Aisya Sofea, Damya Hanna, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi penulis berbakat besar daripada Alaf 21. Saya juga tidak menyangka, di luar penulis ini nampak macam pendiam tetapi di dalam novel Tika Rindu Berlagu, watak gila-gila yang ditonjolkan melalui watak Adilah Yasmin amat berkesan seolah-olah nampak macam watak beliau sendiri.

Terus terang saya katakan bahawa unsur-unsur lawak atau jenaka di dalam karya yang beliau tampilkan seolah-olah hidup. Pembaca akan rasa terhibur dengan watak-watak yang diwujudkan. Situasi kehidupan masyarakat miskin yang susah dikupas dalam karya beliau dapat kita jadikan pencetus semangat kita kerana walau susah bagaimanapun kehidupan itu harus diteruskan dengan usaha dan semangat yang kental dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini.

Zaman sudah berubah, dunia sudah maju tetapi aspek-aspek budaya ketimuran tidak harus kita lupakan di dalam kehidupan seharian. Budi bahasa harus dijaga kerana itulah yang mencerminkan budaya timur kita. Kepentingan pelajaran, membuat keputusan yang menggunakan akal fikiran, menjaga maruah dan harga diri dan keluarga turut dipaparkan.

Diharapkan pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap novel yang anda baca kerana setiap novel yang dihasilkan oleh novelis Alaf 21 cukup lengkap dengan pakej untuk merangsang minda dan pembentukan sahsiah diri kerana turut diselitkan dengan bahan ilmiah seperti hadis untuk dijadikan amalan dan peringatan kepada manusia.
Novel Sinergi Kehidupan Mewacana Minda.
****************************************************************************
Cik/Puan Zaiery Zai,
Terima kasih atas pujian yang tinggi melangit ini. Pujian yang dberikan membuatkan saya malu sendiri. Terima kasih kerana membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus menulis. Opss...saya bukanlah pendiam orangnya :D

Thursday, April 9, 2009

Panas panas panas

Hati saya tengah panas sekarang. menggelegak. bengkek atau apa-apa ajelah yang sewaktu dengannya.

Sakit kepala yang sudah sedia sakit semakin bertambah sakit rasanya. adoila...

Wednesday, April 1, 2009

1 April 2009

Alhamdulillah!! Saya masih menghirup udara Bangi. Alhamdulillah, tepat jam 12am 1 April 2009 saya masih berpeluang mendengar ucapan selamat dari orang-orang yang saya sayang. Saya masih berpeluang menerima peluk cium dari dia dan anak-anak, alhamdulillah!

Hari ini saya menerima bungkusan besar dari alaf. Alhamdulillah! Complementary Atas Nama Cinta yang sudah masuk cetakan ke empat dan buah hati saya, Pelabuhan Kasih yang sudah cetakan ke-lima! Tidak terluah dengan kata-kata betapa gembiranya saya.

Namun SMS yang saya terima pagi tadi membuatkan hari saya lebih bermakna. Melengkapkan hari saya. Saya memang ternanti-nantikannya. Membaca doa yang dikirim via sms itu membuat mata saya bergenang, saya benar-benar terharu. Sekurang-kurangnya saya tahu, saya masih ada dalam doanya, saya masih ada dalam lipatan ingatannya sebagaimana dia tidak pernah luput dari hati saya.

SMS ini mungkin biasa-biasa pada orang lain tetapi ia terlalu istimewa di hati saya. "Ya ALLAH. Apalah kiranya kau kurniakan kebahagian,kesihatan, rezeki yang halal, panjang umur dan segala kebaikan keatas dirinya sempena hari jadinya. Amin."

Dan saya turut mendoakan perkara yang sama untuk dia! Ya, semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja untuk 'dia'. Sesungguhnya saya amat menyayangi 'dia' dan saat-saat ini saya benar-benar merindui 'dia'!!

Monday, March 23, 2009

Jodoh

*Terima kasih kepada Rauzah untuk email yang menarik ini.

Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)Terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya tunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Wednesday, February 25, 2009

Saturday, January 31, 2009

Banjir Sudah Surut!

Setelah sekian lama 'rumah' saya ini dilanda banjir akhirnya hari ini saya mengumumkan banjir di rumah saya sudah surut!!! hehehe itu pun kerana saya teruk dikutuk teman-teman hari ini.

Sepanjang penyepian saya, banyak perkara telah berlaku. Bukan sengaja nak menyepi tetapi line internet yang selalu buat saya naik angin.

3 Januari 2009, ketika semua ibubapa sedang sibuk membuat persiapan untuk anak-anak memulakan persekolahan untuk tahun baru, saya kehilangan abang yang kedua kerana sakit jantung. Rasa macam tak percaya aje. Satu-satunya abang yang tidak reti nak marah orang. Sepanjang hayatnya dia tidak pernah sekali pun meninggikan suaranya kepada saya. Betullah orang kata, orang baik2 ni pendek umur. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.AlFatihah!

22 Januari 2009, jam 11.45am, anak kelima saya, seorang puteri selamat dilahirkan. Faqihah Damia, semoga membesar menjadi anak yang solehah! Kini bertambah lagi ahli keluarga saya. Kata bos saya, zaman ekonomi meleset ni, saya masih berani menambah anak, dan kata saya, setiap anak itu Allah sudah sediakan rezeki untuknya. Dia cuma diam mendengar kata-kata saya.

Tahniah untuk Tasnim, anak buah saya untuk keputusan cemerlang dalam PMR. Semoga dapat kekalkan kecemerlangan untuk SPM 2010 nanti!