Thursday, October 14, 2010

BIARKAN AKU MERINDU



KEHANGATAN CINTAMU MENCAIRKAN KEBEKUAN HATIKU...

Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya.

Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin usang.

"Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu....Ya ALLAH, tolonglah aku."

Dapatkan BIARKAN AKU MERINDU di pasaran sekarang atau layari www.alaf21.com.my untuk langganan.

Macam magic je

Alhamdulillah. Dah bertahun saya tak dapat masuk sini sebab tak ingat password. Berkali-kali juga saya mencuba tapi tak pernah dapat tup2 hari ni sekali tekan aje tiba-tiba dapat pulak. Blur saya sekejap, nombor apa yang saya tekan tadi ya?

ALLAH MAHA BESAR. Agaknya dia pulangkan balik ingatan saya terhadap 'password' supaya saya dapat buat promo novel terbaaru saya di sini. Alhamdulillah!!

Jutaan maaf kepada yang tinggalkan jejak tanpa mendapat sapaan balas daripada saya.

Doa2kan saya supaya saya tak lupa password lagi!