Wednesday, November 12, 2008

HATI

Hati, salah satu organ dalaman manusia yang penting dalam sistem badan manusia. Samaada secara fikizal atau rohani, hati memainkan peranan yang bukan sembarangan.

Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.

Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu.

Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

~ Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
~ Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
~ Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
~ Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
~ Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
~ Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V,
VII, IX, X and XI
~ Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen
seperti ammonia.
~ Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
~ Menguraikan molekul hemoglobin tua.
~ Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

TAPI...

Bagaimana pula kalau sakit hati, tawar hati atau terasa hati? Ini tergolong dalam fugsi hati jugak ke? Kalau sakit hati, ada ubat ke? Kalau tawar hati, boleh ke tambah gula untuk maniskan balik. Kalau terasa hati? Emmmmm

5 comments:

Mummy Hanan said...

Ubat utk "terasa hati" ... rasanya sukar untuk mencari ubat yg betul sesuai, tp kalau saya terasa hati, biasanya saya simpan dulu... selps tu saya akan luahkan pada org terdekat saya spt : hubby or my closed friend...... hehehe...tp itu pndapat sya je.....

kakzie said...

mu terasa hati ngan sape?ngan kite ker..huhuhu sorry ari tu boss betul2 ade kat depan kite..pas tu nak reply kol terlupa sgt...

Mersik said...

Makanya, dengan sebab itu eloklah kita mengambil sikap ber "hati-hati" hik hik.

seriadriani said...

salam
kata orang, kalau sakit igipergi cabut gigi. kalau sakit hati, boleh ke cabut hati?

err... sakit hati kat sapa tu? kat akak ke? patutler lama dah tak calling2, tak sms.. huhuhuuuu

Lynn Dayana said...

emm...sakit hati, terasa hati, tawar hati... berhati2...
Kita ni manusia biasa, Lily Suriani! Tak akan terlepas dr membuat kesalahan...
Kita selalu kata,hati hancur? Realitinya mcm tu ke? mungkin ya...mgkn tak...