Wednesday, September 9, 2009

Kisah anak-anakku


Ceritera Aqil.


Ini cerita lama. Rasanya kejadian ini berlaku bulan 6 atau 7 hari tu.


Ibu : Kenapa ayah marah-marah?

Aqil : Markah BM abang. Abang dapat 2/10.

Ibu : Kenapa sikit sangat? Apa soalannya?

Aqil : Buat karangan berdasarkan KACANG LUPAKAN KULIT

Ibu : Ok. Dah tu apa yang dapat teruk sangat? Abang buat macam mana?

Aqil : Namaku kacang. Nama kawanku Kulit. Kami berasal dari Ipoh....

Ibu : (Sudah gelak tergolek-golek. Memang betul2 tergolek)


Adoila....nak marah pun tak jadi. Sejak naik darjah 4 ni, itulah pertama kali soalan pereksa atau ujian keluar stail macam tu. Biasanya yang keluar, aku sebuah motosikal, aku sekuntum bunga, aku sebuah buku. Jadi dia pun taram buat karangan ala-ala yang macam tu. Seminggu saya dan suami gelakkan dia. Kalau dia nakal je saya akan panggil, "Mana budak yang namaku kacang, nama kawanku kulit." Atau bila ada yang mengadu pasal dia, saya akan kata, "tak apalah, kan nama dia kacang bla bla bla.." Karangan dia berbunyi lebih kurang begini:


Namaku Kacang. Nama kawanku Kulit. Kami berasal dari Ipoh. Pada suatu hari aku dan kawanku dibawa ke Shah Alam menaiki lori. Aku dan kawanku diletakkan di kedai runcit Ali. Pada suatu hari, datang seorang wanita membeliku. Keesokan harinya aku dibawa oleh wanita itu ke pejabatnya. Ketika wanita itu bersembang dengan kawannya, aku diambil lalu digoncang-goncang kemudian aku dimakan dan kulit di buang ke dalam tong sampah. Aku berpisah dengan kulit.


Ibu : Cikgu kata apa Aqil tulis macam ni?

Aqil : Cikgu cuma kata Aqil...Aqil....


Belum habis sakit perut ketawakan Aqil, Fatnin pulak bawak balik kertas ujian.


Fatnin : Ibu, Bahasa Melayu, Fatnin salah satu je.

Ibu : Iya? Bagusnya...malam nanti suruh ayah belanja makan.

Fatnin : Fatnin dah buat betul tapi cikgu tanda salah.

Ibu : Meh sini, ibu tengok(Baca soalan)


Ali membawa ........ke dalam hutan.

A lampu Jalan

B lampu suluh

C Lampu meja

D Lampu apa ntah dah lupa.


Ibu : Ya ALLAH!! Nin, tahu tak lampu jalan ni apa?

Fatnin : Tahu. Lampu yang kita pegang tu yang kita bawak jalan-jalan tu...

Ibu : SUBHANALLAH!!! Itu lampu suluhlah. Lampu jalan tu, tu yang kat depan rumah kita tu. Tu namanya lampu jalan. Ada ke orang bawak lampu besar gedabak tu masuk hutan?

Fatnin : (Tersengih-sengih) Tak ada. Manalah Fatnin tahu, Fatnin ingatkan lampu jalan tu lampu yang kita bawak jalan-jalan.


Err...Kalau buat "DNA" Berdasarkan cerita taugeh dan cambah, memang sah mereka ni anak-anak saya. Hehehe



5 comments:

kakzie said...

dah besar beby..
aduhyai...Jalan cerita dah ok tp lari dari tajuk jer..hehehe

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

pagi yang dingin... tp badan kte dah berpeluh sebab ketawa macam nak rak. lepas tu bacakan untuk kawan di sebelah, cerita asyik tersekat-sekat sebab kte masih juga ketawa dan sambil menaip ni pun... kte tetap juga ketawa. anak-anak kak lily kelakar... mcm ibu dia juga... hahahaha...

ShalbySalbina said...

Ha ha ha...kelakar la cerita anak2 ni. Novel baru bila nak kluar ni?

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

salam kak lily,
saya pergi cerita pada kawan2 di Bahrain, semua orang gelak. tak tahan betul. memang lucu sangat lah kes akak dan anak2 akak ni...
memang lepas ni tengok kacang, sure ingat kak lily dan anak2 akak.

yang namaku bukan kacang, dan kawanku bukan kulit,
umi azrini

SARAH ZUKRI said...

DNA anak novelis...
hehehe