Thursday, October 14, 2010

BIARKAN AKU MERINDU



KEHANGATAN CINTAMU MENCAIRKAN KEBEKUAN HATIKU...

Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya.

Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin usang.

"Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu....Ya ALLAH, tolonglah aku."

Dapatkan BIARKAN AKU MERINDU di pasaran sekarang atau layari www.alaf21.com.my untuk langganan.

2 comments:

[AYUMI SYAFIQAH] said...

suka gila2 dgn wtak Rafiq...comel je brgandingan ngn antasya... :)

Chomel Choc said...

BEST SGT2 citer nih.. I LIKE!!.. sy memang peminat setia akak.. sume novel akak dah ada dlm koleksi sy.. drp citer Pelabuhan Kasih hinggalah ke Biarkan Aku Merindu..

Jika ditanya, apa yg buat sy suka ngan karya akak.. sbbnya setiap novel akak punyai auranya yg tersendiri.. nak3 lagi ngan dialog yg lucu2 itu hihi..

Tahniah kak Lily sbb menghasilkan novel yg BEST SGT2 itu =D

bye..