Wednesday, April 1, 2009

1 April 2009

Alhamdulillah!! Saya masih menghirup udara Bangi. Alhamdulillah, tepat jam 12am 1 April 2009 saya masih berpeluang mendengar ucapan selamat dari orang-orang yang saya sayang. Saya masih berpeluang menerima peluk cium dari dia dan anak-anak, alhamdulillah!

Hari ini saya menerima bungkusan besar dari alaf. Alhamdulillah! Complementary Atas Nama Cinta yang sudah masuk cetakan ke empat dan buah hati saya, Pelabuhan Kasih yang sudah cetakan ke-lima! Tidak terluah dengan kata-kata betapa gembiranya saya.

Namun SMS yang saya terima pagi tadi membuatkan hari saya lebih bermakna. Melengkapkan hari saya. Saya memang ternanti-nantikannya. Membaca doa yang dikirim via sms itu membuat mata saya bergenang, saya benar-benar terharu. Sekurang-kurangnya saya tahu, saya masih ada dalam doanya, saya masih ada dalam lipatan ingatannya sebagaimana dia tidak pernah luput dari hati saya.

SMS ini mungkin biasa-biasa pada orang lain tetapi ia terlalu istimewa di hati saya. "Ya ALLAH. Apalah kiranya kau kurniakan kebahagian,kesihatan, rezeki yang halal, panjang umur dan segala kebaikan keatas dirinya sempena hari jadinya. Amin."

Dan saya turut mendoakan perkara yang sama untuk dia! Ya, semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja untuk 'dia'. Sesungguhnya saya amat menyayangi 'dia' dan saat-saat ini saya benar-benar merindui 'dia'!!

3 comments:

LK said...

selamat hari jadi...tak taula pulak hari jadi ko jatuh pada 1 april...hahha smg panjang umur dan lebih murah rezeki...

Eka Fahara said...

Lily,
Selamat harijadi.....
Tak tahu lak hari ni harijadi kau.....
SElamat panjang umur dan dimurahkan rezeki...muah!muah!

kakzie said...

happy birthday su...semoga berbahagia selalu hendaknya.1 April ari tu kita masuk blog su tapi kat ruangan mesyuarat tingkap tu tak de la plak..nak sms kredit tak de time tu maklumlah dah kering hari ni baru ade gaji hehehe...sape si Dia tuh?n tahniah atas cetakan novel tu...