Monday, April 13, 2009

Terima Kasih!

Dipetik dari web alaf 21

TERPIKAT DENGAN TIKA RINDU BERLAGU


Zaiery Zai
Jengka, Pahang

Pertama kali membaca karya Lily Suriani yang bertajuk Tika Rindu Berlagu saya tidak menyangka karyanya amat menarik dan rasa berada di alam nyata.

Karya beliau cukup membuatkan seseorang terbuai dengan watak yang ditampilkan. Kisah hidup realiti masyarakat sekarang yang dipaparkan begitu berkesan seolah-olah beliau membuat kajian terperinci tentang masalah sosial yang melanda kehidupan masyarakat sekarang seperti gay dan pembuangan bayi.

Sentuhan beliau dalam karya terbaru ini menarik minat saya untuk membaca kerana lengkap dengan pakej sesebuah novel yang pembaca mahukan. Tidak lengkap sesebuah novel kalau tidak ada unsur-unsur cinta, kasih sayang, dendam, kesedihan, kebahagiaan dan pelbagai aspek yang mencadi rencah sesebuah novel itu menjadi pilihan pembaca.

Sebelum ini saya amat tertarik dengan karya Aisya Sofea, Damya Hanna, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi penulis berbakat besar daripada Alaf 21. Saya juga tidak menyangka, di luar penulis ini nampak macam pendiam tetapi di dalam novel Tika Rindu Berlagu, watak gila-gila yang ditonjolkan melalui watak Adilah Yasmin amat berkesan seolah-olah nampak macam watak beliau sendiri.

Terus terang saya katakan bahawa unsur-unsur lawak atau jenaka di dalam karya yang beliau tampilkan seolah-olah hidup. Pembaca akan rasa terhibur dengan watak-watak yang diwujudkan. Situasi kehidupan masyarakat miskin yang susah dikupas dalam karya beliau dapat kita jadikan pencetus semangat kita kerana walau susah bagaimanapun kehidupan itu harus diteruskan dengan usaha dan semangat yang kental dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini.

Zaman sudah berubah, dunia sudah maju tetapi aspek-aspek budaya ketimuran tidak harus kita lupakan di dalam kehidupan seharian. Budi bahasa harus dijaga kerana itulah yang mencerminkan budaya timur kita. Kepentingan pelajaran, membuat keputusan yang menggunakan akal fikiran, menjaga maruah dan harga diri dan keluarga turut dipaparkan.

Diharapkan pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap novel yang anda baca kerana setiap novel yang dihasilkan oleh novelis Alaf 21 cukup lengkap dengan pakej untuk merangsang minda dan pembentukan sahsiah diri kerana turut diselitkan dengan bahan ilmiah seperti hadis untuk dijadikan amalan dan peringatan kepada manusia.
Novel Sinergi Kehidupan Mewacana Minda.
****************************************************************************
Cik/Puan Zaiery Zai,
Terima kasih atas pujian yang tinggi melangit ini. Pujian yang dberikan membuatkan saya malu sendiri. Terima kasih kerana membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus menulis. Opss...saya bukanlah pendiam orangnya :D

3 comments:

kakzie said...

tak beli lagi huahua...
ops! "Adila Yasmin".. mcm prnah ku dengar hehehe

EcHa said...

saya pun setuju dgn comment yg diberi...saya berasa sgt seronok smsa membace novel tika rindu berlagu ini....tapi terasa sedih keran watak naim tetap tidak dapt mengingati kisah dia dan adila sebelum dia hilang ingatn....keseluruhan cerita amat memuaskan....sagt berkesan...novel baru anda sgt2 ditunggu2

seriadriani said...

saya pun seronok baca.. tapi saya tau penulis ni bukannya pendiam. dia memang besh!!