Dipetik dari web alaf 21
TERPIKAT DENGAN TIKA RINDU BERLAGU
Zaiery Zai
Jengka, Pahang
Pertama kali membaca karya Lily Suriani yang bertajuk Tika Rindu Berlagu saya tidak menyangka karyanya amat menarik dan rasa berada di alam nyata.
Karya beliau cukup membuatkan seseorang terbuai dengan watak yang ditampilkan. Kisah hidup realiti masyarakat sekarang yang dipaparkan begitu berkesan seolah-olah beliau membuat kajian terperinci tentang masalah sosial yang melanda kehidupan masyarakat sekarang seperti gay dan pembuangan bayi.
Sentuhan beliau dalam karya terbaru ini menarik minat saya untuk membaca kerana lengkap dengan pakej sesebuah novel yang pembaca mahukan. Tidak lengkap sesebuah novel kalau tidak ada unsur-unsur cinta, kasih sayang, dendam, kesedihan, kebahagiaan dan pelbagai aspek yang mencadi rencah sesebuah novel itu menjadi pilihan pembaca.
Sebelum ini saya amat tertarik dengan karya Aisya Sofea, Damya Hanna, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi penulis berbakat besar daripada Alaf 21. Saya juga tidak menyangka, di luar penulis ini nampak macam pendiam tetapi di dalam novel Tika Rindu Berlagu, watak gila-gila yang ditonjolkan melalui watak Adilah Yasmin amat berkesan seolah-olah nampak macam watak beliau sendiri.
Terus terang saya katakan bahawa unsur-unsur lawak atau jenaka di dalam karya yang beliau tampilkan seolah-olah hidup. Pembaca akan rasa terhibur dengan watak-watak yang diwujudkan. Situasi kehidupan masyarakat miskin yang susah dikupas dalam karya beliau dapat kita jadikan pencetus semangat kita kerana walau susah bagaimanapun kehidupan itu harus diteruskan dengan usaha dan semangat yang kental dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini.
Zaman sudah berubah, dunia sudah maju tetapi aspek-aspek budaya ketimuran tidak harus kita lupakan di dalam kehidupan seharian. Budi bahasa harus dijaga kerana itulah yang mencerminkan budaya timur kita. Kepentingan pelajaran, membuat keputusan yang menggunakan akal fikiran, menjaga maruah dan harga diri dan keluarga turut dipaparkan.
Diharapkan pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap novel yang anda baca kerana setiap novel yang dihasilkan oleh novelis Alaf 21 cukup lengkap dengan pakej untuk merangsang minda dan pembentukan sahsiah diri kerana turut diselitkan dengan bahan ilmiah seperti hadis untuk dijadikan amalan dan peringatan kepada manusia.
Novel Sinergi Kehidupan Mewacana Minda.
****************************************************************************
Cik/Puan Zaiery Zai,
Terima kasih atas pujian yang tinggi melangit ini. Pujian yang dberikan membuatkan saya malu sendiri. Terima kasih kerana membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus menulis. Opss...saya bukanlah pendiam orangnya :D
Monday, April 13, 2009
Thursday, April 9, 2009
Panas panas panas
Hati saya tengah panas sekarang. menggelegak. bengkek atau apa-apa ajelah yang sewaktu dengannya.
Sakit kepala yang sudah sedia sakit semakin bertambah sakit rasanya. adoila...

Wednesday, April 1, 2009
1 April 2009
Alhamdulillah!! Saya masih menghirup udara Bangi. Alhamdulillah, tepat jam 12am 1 April 2009 saya masih berpeluang mendengar ucapan selamat dari orang-orang yang saya sayang. Saya masih berpeluang menerima peluk cium dari dia dan anak-anak, alhamdulillah!
Hari ini saya menerima bungkusan besar dari alaf. Alhamdulillah! Complementary Atas Nama Cinta yang sudah masuk cetakan ke empat dan buah hati saya, Pelabuhan Kasih yang sudah cetakan ke-lima! Tidak terluah dengan kata-kata betapa gembiranya saya.
Namun SMS yang saya terima pagi tadi membuatkan hari saya lebih bermakna. Melengkapkan hari saya. Saya memang ternanti-nantikannya. Membaca doa yang dikirim via sms itu membuat mata saya bergenang, saya benar-benar terharu. Sekurang-kurangnya saya tahu, saya masih ada dalam doanya, saya masih ada dalam lipatan ingatannya sebagaimana dia tidak pernah luput dari hati saya.
SMS ini mungkin biasa-biasa pada orang lain tetapi ia terlalu istimewa di hati saya. "Ya ALLAH. Apalah kiranya kau kurniakan kebahagian,kesihatan, rezeki yang halal, panjang umur dan segala kebaikan keatas dirinya sempena hari jadinya. Amin."
Dan saya turut mendoakan perkara yang sama untuk dia! Ya, semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja untuk 'dia'. Sesungguhnya saya amat menyayangi 'dia' dan saat-saat ini saya benar-benar merindui 'dia'!!

Monday, March 23, 2009
Jodoh
*Terima kasih kepada Rauzah untuk email yang menarik ini.
Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….
Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)Terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya tunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Wednesday, February 25, 2009
Saturday, January 31, 2009
Banjir Sudah Surut!
Setelah sekian lama 'rumah' saya ini dilanda banjir akhirnya hari ini saya mengumumkan banjir di rumah saya sudah surut!!! hehehe itu pun kerana saya teruk dikutuk teman-teman hari ini.
Sepanjang penyepian saya, banyak perkara telah berlaku. Bukan sengaja nak menyepi tetapi line internet yang selalu buat saya naik angin.
3 Januari 2009, ketika semua ibubapa sedang sibuk membuat persiapan untuk anak-anak memulakan persekolahan untuk tahun baru, saya kehilangan abang yang kedua kerana sakit jantung. Rasa macam tak percaya aje. Satu-satunya abang yang tidak reti nak marah orang. Sepanjang hayatnya dia tidak pernah sekali pun meninggikan suaranya kepada saya. Betullah orang kata, orang baik2 ni pendek umur. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.AlFatihah!
22 Januari 2009, jam 11.45am, anak kelima saya, seorang puteri selamat dilahirkan. Faqihah Damia, semoga membesar menjadi anak yang solehah! Kini bertambah lagi ahli keluarga saya. Kata bos saya, zaman ekonomi meleset ni, saya masih berani menambah anak, dan kata saya, setiap anak itu Allah sudah sediakan rezeki untuknya. Dia cuma diam mendengar kata-kata saya.
Tahniah untuk Tasnim, anak buah saya untuk keputusan cemerlang dalam PMR. Semoga dapat kekalkan kecemerlangan untuk SPM 2010 nanti!

Thursday, December 4, 2008
Banjir
Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan blog saya tidak berupdate. Cepatnya masa berjalan....Kenapa tak berupdate? Entahlah...sebenarnya terlalu banyak yang hendak dicoretkan disini tetapi ada sahaja halangannya. Biasanya mood saya yang kebelakangan ini yang tidak menentu mempengaruhi tindakan saya.
Sekarang musim banjir. Kalau ikutkan laporan akhbar, Trg teruk juga di landa banjir dan rasanya lebih teruk dari tahun lepas. Membaca berita banjir di dada akhbar membuatkan saya tersenyum. Seronok bila mengenangkannya.
Mungkin kepada sesetengah orang, banjir satu bencana, satu malapetaka tetapi kepada saya yang masih budak2 masa tu, banjir adalah pesta yang ditunggu-tunggu. Mungkin juga banjir belum pernah meninggalkan kenangan buruk kepada saya, jadi mungkin sebab itu saya tidak pernah memusuhi banjir, malah kedatangannya ditunggu-tunggu dengan tidak sabarnya. Mungkin pengertian banjir berbeza kepada orang yang pernah kehilangan orang yang disayangi ketika banjir dan sudah tentu kedatangan banjir menjadi trauma kepada mereka.
Biasanya saya dan abang saya akan duduk bertinggung di beranda sambil menanti dan berharap air akan naik dengan lebih tinggi lagi. Pernah rumah kami dinaiki air sehingga ke paras pinggang orang dewasa dan sudah tentunya paras leher saya masa itu. Seronoknya!
Mula-mula kami akan tengok dulu air yang banyak macam air sungai tu. Mula-mula air tu rupanya keruh macam teh tarik dan banyak sampah sarap yang dihanyutkan tapi lama kelamaan airnya akan bertukar jernih (taklah jernih macam air paip).Bila air banjir sudah mula jernih, mulalah kami yabedabedu!!!Terjun, berenang dan menyelam. Bestnya!! Biasanya arwah ayah akan tebang pokok pisang untuk dijadikan rakit. Bukan saya dan abang sahaja yang berendam tetapi kawan-kawan yang lain akan turut serta sebab kawasan rumah saya yang agak luas.Lagipun airnya tidak bertakung. Ianya berarus seperti air sungai.
Bila air sudah mula surut, saya sudah susah hati sebabnya tak ada lagi tempat berendam. Dan kerja-kerja pembersihan harus dijalankan bagi membersihkan sampah sarap yang tersangkut dipagar dan juga siput-siput air yang banyak tertinggal di kawasan rumah. Biasanya akan ada juga ikan-ikan puyu, sepat, keli atau haruan yang tersesat atau tertinggal di dalam lopak.Rezeki terpijak. Tak perlu memancing,cuma tangkap guna tangan sahaja.
Mungkin pada orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman ini akan merasakan ianya jijik dan mengotorkan tetapi bagi yang pernah mengalaminya sudah tentu tahu erti keseronokannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)